Maguire boleh ‘angkat kaki’ – Ten Hag

Maguire boleh ‘angkat kaki’ – Ten Hag

Maguire boleh ‘angkat kaki’ – Ten Hag
MAGUIRE enggan menyertai West Ham kerana didakwa masih mahu berjuang merebut tempatnya di Old Trafford musim ini. – AFP

MANCHESTER – Kegagalan perpindahan Harry Maguire ke West Ham United meletakkan risiko kepada pemain pertahanan itu kerana namanya tiada dalam perancangan pengurus Manchester United, Erik ten Hag.

Bek tengah berusia 30 tahun itu mungkin akan terus ‘hilang dari radar’ memandangkan Ten Hag, 53, lebih gemar menggunakan gandingan Lisandro Marti­nez dan Raphael Varane di posisi pertahanan tengah.

Masa depan Maguire di Old Trafford dilihat semakin samar walaupun Ten Hag terus mengulangi pendiriannya bahawa bintang England itu perlu me­ningkatkan usaha untuk merebut tempat dalam pasukan.



“Dia (Maguire) perlu berjuang mendapatkan tempatnya. Dia mempunyai keupayaan sebagai pertahanan tengah dan antara yang terbaik di England.

“Jadi kenapa gagal menjadi yang terbaik bersama kami? Dia perlu buktikan kerana jika tiada keyakinan untuk bersaing, dia boleh ‘angkat kaki’. Sekarang dia sendiri perlu memutuskan keputusan yang terbaik untuk diri­nya,” kata Ten Hag.

West Ham sebelum ini menyatakan minat mereka untuk mendapatkan khidmat Maguire apabila dikatakan telah membuat tawaran bernilai £30 juta (RM176.85 juta) kerana mahu memberikan nafas baharu buat karier pemain itu.

Bagaimanapun, The Hammers sudah tidak mampu bersabar lagi dengan kerenah bekas kapten Leicester City itu yang mengambil masa lama untuk menyelesaikan soal pampasan kontraknya bersama United.



Kini, pengurus West Ham, David Moyes mengalihkan perhatiannya kepada beberapa alternatif lain seperti dua pemain Bayer Leverkusen, Jonathan Tah dan Odilon Kossounou. – AGENSI

Maguire boleh ‘angkat kaki’ – Ten Hag


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading