MB Terengganu Pegang 4 Portfolio Terengganu, Tahniah Rakyat Terengganu

MB Terengganu Pegang 4 Portfolio Terengganu, Tahniah Rakyat Terengganu

MB Terengganu Pegang 4 Portfolio Terengganu, Tahniah Rakyat Terengganu

Dalam PRN Terengganu, rakyat Terengganu memberikan kemenangan mutlak kepada PAS/PN.

Dari 32 kerusi DUN yang dipertandingkan, PAS/PN menyapu bersih kesemua 32 kerusi DUN Terengganu.

Ini membuatkan Dewan Undangan Negeri Terengganu kini hanya dibarisi oleh ADUN dari PAS/PN tanpa ada pembangkang.



Apa implikasinya kepada pentadbiran kerajaan negeri Terengganu?

Tidak ada faktor semak imbang dalam menentukan dasar atau melulus atau menggubal apa sahaja undang-undang negeri.

Malah, khazanah negeri Terengganu boleh dibelanjakan tanpa ada apa-apa bantahan atau soalan dari pihak pembangkang.

Pelbagai pendedahan sudah dibuat atas kesalahan salah guna kuasa pentadbiran terdahulu.



Antaranya isu tanah di Dataran Khairunnisa dan tanah Tapak Pasar Malam Tok Adis.

Namun itulah keputusan dan pilihan rakyat Terengganu.

Kini, Menteri Besar Terengganu, Dr Samsuri, membuat satu lagi kejutan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Selain dari memegang jawatan menteri besar, beliau juga memegang jawatan di 4 portfolio di Kerajaan Negeri Terengganu.



Portfolio yang beliau pegang adalah Ekonomi, Kewangan, Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli.

Memang tidak salah dari sudut perlembagaan.

Tetapi penulis teringat bagaimana Penolong Setiausaha Agung PAS, Syahir Sulaiman, membidas Anwar kerana memegang jawatan Menteri Kewangan selain Perdana Menteri.

Dalam debat dengan Rafizi, Syahir menyindir, belum pernah terjadi, seorang pengerusi masjid dalam masa yang sama memegang jawatan bendahari.



Namun kini, bukan setakat satu portfolio, malah 4 portfolio yang melibatkan pengurusan duit dan hasil bumi dipegang oleh Dr Samsuri.

Penulis mahu bertanya kepada Syahir, apakah ini pernah berlaku?

Walau bagaimana pun, tahniah kepada pengundi di PRN Terengganu.

 



MB Terengganu Pegang 4 Portfolio Terengganu, Tahniah Rakyat Terengganu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button