Tawar 900 produk IKS

PELANCARAN Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia Bersama Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd di Lotus’s Cheras, kelmarin.

Tawar 900 produk IKS
PELANCARAN Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia Bersama Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd di Lotus’s Cheras, kelmarin.

LOTUS’S Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia), rakan strategik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia Lotus’s untuk tahun yang keenam di Lotus’s Cheras.

Selaras bersama tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023; Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan, kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran barangan buatan Malaysia.

Selain itu, ia bagi meningkatkan keinginan pengguna untuk membeli barangan tempatan, memupuk semangat patriotisme rakyat Malaysia, meningkatkan kesedaran mengenai kualiti barangan buatan tempatan dan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan mempromosikan dan mempamerkan produk-produk mereka.



Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia, Azliza Azmel berkata, pihaknya amat berbesar hati kerana dipilih sebagai rakan strategik peruncitan KPDN dalam inisiatif yang bermakna buat tahun keenam.

“Prinsip asas kami sebagai sebuah peruncit adalah untuk menawarkan pengguna nilai, kualiti dan pelbagai rangkaian produk serta perkhidmatan yang terbaik, di samping memainkan peranan dalam menyokong pertumbuhan dan pembangunan negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah




“Bagi kami, semangat #KitakanJiran terus menjadi pendorong untuk terus melaksanakan komitmen bagi melaksanakan tanggungjawab dalam menyokong, mentransformasi, menambah baik dan menggalakkan keupayaan dan kapasiti pembangunan PKS tempatan melalui pengelolaan program Perniagan ke Perniagaan (B2B)”, katanya dalam kenyataan sempena kempen itu.

Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia di Lotus’s Cheras dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh.

Hadir sama, Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ariffin Samsuddin dan Azliza.



Lotus’s Malaysia kini memperoleh sebanyak 112 rakan kongsi PKS tempatan yang menawarkan lebih daripada 900 jenis produk di mana sebanyak 90 peratus disahkan halal.

Majlis pelancaran turut menampilkan aneka sampel produk daripada 17 jenama buatan tempatan serta tiga perusahaan sosial dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempromosikan pengeluaran mereka.

Kempen kini akan berlangsung di Lotus’s Cheras, hingga Ahad, 20 Ogos 2023.

PELANCARAN Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia Bersama Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd di Lotus’s Cheras, kelmarin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading