Australia antara tiga negara miliki misil jarak 1,500 km

Australia antara tiga negara miliki misil jarak 1,500 km

Australia antara tiga negara miliki misil jarak 1,500 km
FOTO fail bertarikh 23 September 2014 menunjukkan Tomahawk dilancarkan dari kapal milik AS. FOTO AFP.

Sydney: Kerajaan Australia pada Isnin mengumumkan pembelian lebih 200 misil jelajah Tomahawk dari Amerika Syarikat untuk Tentera Laut Diraja Australia, dengan menelan belanja kira-kira $1.3 bilion dolar Australia (kira-kira RM3.5 bilion), lapor agensi berita Jerman (dpa).

Australia akan menjadi satu dari tiga negara yang memiliki misil jarak 1,500 kilometer bersama-sama dengan Amerika Syarikat dan Britain.

Menurut Menteri Pertahanan Australia Richard Marles, misil serangan jarak jauh dan senjata berpandu adalah penting dalam era baharu krisis geopolitik.



“Kami melabur dalam keupayaan Pasukan Pertahanan kami, untuk menyekat musuh kami dan memastikan rakyat Australia selamat dalam dunia yang kompleks dan tidak menentu hari ini,” katanya dalam satu kenyataan Isnin.

Selain itu, kerajaan meluluskan pembelian lebih daripada 60 misil antiradar jarak jauh.

Semakan pertahanan, baru-baru ini, menekankan keperluan untuk Australia dapat menyekat musuh yang berisiko lebih jauh dari pantai Australia, dengan membangunkan keupayaan untuk melakukan serangan tepat pada sasaran dari jarak yang lebih jauh, menurut kenyataan itu.

Menteri Industri Pertahanan, Pat Conroy, berkata Australia juga merancang untuk meningkatkan kemampuan pengeluaran misil domestik.



“Kami juga mempertimbangkan pilihan untuk menghasilkan peluru berpandu di dalam negara kerana pentingnya membina keupayaan pembuatan pertahanan Australia,” kata Conroy dalam kenyataan itu.

Pada 2021, AS, Britain, dan Australia melancarkan pakatan keselamatan yang dipanggil Aukus – singkatan bagi tiga negara terbabit.

Australia antara tiga negara miliki misil jarak 1,500 km


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button