Kebocoran maklumat IPIC, Najib akan terus di’zalimi’?

Oleh – Bakhtiar Omar

Kebocoran maklumat IPIC, Najib akan terus di'zalimi'?
Demi Najib

 

Genap setahun, bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak menjalani hukuman di Kajang, satu per satu kebenaran mulai muncul. Terbaru ialah kebocoran maklumat dalaman melibatkan IPIC.



Kebocoran ‘memo’ berkenaan telah mencetuskan persoalan besar, adakah Najib akan terus di ‘zalimi’ dengan dakwaan yang tidak sepatutnya?

Ramai melihat kebocoran berkaitan IPIC boleh membawa kepada perubahan kes-kes lain yang dihadapi Najib di Mahkamah.

Apa jawapan dari Peguam Negara apabila kumpulan pendakwaan telah bersetuju kes berkaitan IPIC adalah sangat lemah dan telah mengsyorkan agar Najib tidak didakwa di Mahkamah?

Malah, kumpulan penyiasat tersebut turut bersetuju tidak ada Prima Facie dalam kes IPIC yang dihadapi Najib dan tidak ada seorangpun saksi yang boleh memberi keterangan yang boleh menyokong kes di Mahkamah.



Kebocoran maklumat IPIC, Najib akan terus di'zalimi'?

Dokumen bertarikh 10 September 2019 mengandungi 12 muka surat itu didakwa ditujukan kepada Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas.

Pada Khamis lalu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, AGC sedang menyiasat dakwaan kebocoran dokumen berkaitan pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion dana kerajaan membabitkan pembayaran kepada IPIC. – Pendakwaan Sebulat Suara Najib Tidak Patut Didakwa – 22/8/2023

Jika benar terbukti memo tersebut sahih, mengapa Peguam Negara tidak bertindak seperti disyorkan dalam memo tersebut? Adakah ini semua kerana ada ‘arahan’ dari individu tertentu bagi ‘mengenakan’ Najib?



Siapa sebenarnya ‘dalang utama’ atau memang wujud ‘tangan ghaib’ yang mahu melihat Najib dihumbankan ke penjara kerana ‘dendam’?

Kebocoran maklumat IPIC, Najib akan terus di'zalimi'?
Dato Sri Najib Razak

Ramai terkejut dengan pendedahan kebocoran memo IPIC dan mahu kebenaran ditegakkan untuk Najib. Malah, Pemuda UMNO turut mendesak Peguam Negara menjelaskan perkara tersebut dengan segera.

Jika tidak, bermakna selama 5 tahun sejak 2018, Najib sebenarnya telah dizalimi dengan begitu dahsyat sehingga menjatuhkan maruah beliau di mata rakyat dan dunia.

Rakyat kini menjadi ‘HAKIM’.



 

 

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button