Syabu bernilai lebih setengah juta dirampas

Syabu bernilai lebih setengah juta dirampas

Syabu bernilai lebih setengah juta dirampas
Sebanyak 15 bungkusan berisi syabu dianggarkan bernilai lebih setengah juta yang dirampas. – Foto NSTP/Ihsan Polis

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah didalangi seorang wanita warga Thailand dalam serbuan berasingan sekitar ibu negara, Jumaat lalu dan merampas syabu dianggarkan bernilai lebih RM500,000.

Tiga siri serbuan dijalankan bermula pada jam 7 malam hingga 9.15 malam dan pada serbuan pertama, polis menahan tiga suspek di tepi jalan Taman Permata, Cheras.

Suspek terdiri daripada seorang lelaki tempatan dan dua warga Thailand termasuk seorang wanita berusia antara 23 hingga 30 tahun.



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata menerusi serbuan kedua di tempat letak kereta di Solaris Dutamas, polis menemui 15 bungkus dadah jenis syabu yang disimpan dalam sebuah kereta Nissan Sentra.

“Dadah yang ditemui itu dianggarkan seberat 15 kilogram (kg) dengan nilai pasaran dianggarkan RM520,000 dan mampu menampung penggunaan seramai 30,000 pengguna dadah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN




“Hasil soal siasat ke atas tiga suspek, membawa kepada penahanan seorang wanita warga Thailand berusia 30 tahun di lobi sebuah residensi di Taman Kobena, Cheras,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Allaudeen, siasatan mendapati sindiket ini aktif mengedar syabu sekitar ibu kota sejak dua bulan lalu dan modus operandinya dengan menjadikan kereta sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diserahkan kepada pembeli.

“Turut ditangkap adalah perancang utama bagi sindiket ini iaitu seorang perempuan warga Thailand berumur 30 tahun.

“Siasatan juga mendapati, lelaki dan wanita warga Thailand yang terdahulu ditahan adalah pasangan suami isteri dan bekerja di sebuah kedai tom yam manakala lelaki tempatan pula bekerja di sebuah ladang kuda di Selangor,” katanya.



Katanya, semakan mendapati ketiga-tiga suspek tiada rekod lampau dan ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamin, ketamin dan ganja.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah


Allaudeen berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Kuala Lumpur kini masih menjalankan siasatan untuk mengesan punca bekalan dadah itu diperolehi.



Selain rampasan dadah bernilai RM520,000, polis turut merampas sebuah kereta Nissan Sentra dianggarkan bernilai RM20,000 dengan nilai keseluruhan rampasan RM540,000.

Keempat-empat suspek direman tujuh hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, Allaudeen memohon warga kota terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis supaya kegiatan jenayah dan dadah di ibu kota dapat diambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan Kuala Lumpur sebuah bandaraya yang selamat.

Segala maklumat yang berkaitan dengan dadah boleh disalurkan melalui hotline JSJN melalui aplikasi WhatsApp di talian 012-2087222 (24 jam).



Syabu bernilai lebih setengah juta dirampas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Genap setahun Najib di Kajang, adakah akan terus dianiaya?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading