‘Beruang ninja’ akhirnya dibunuh

‘Beruang ninja’ akhirnya dibunuh

'Beruang ninja' akhirnya dibunuh
‘BERUANG ninja’ yang diberi nama ‘OSO18’. FOTO AFP

Tokyo: Pemburu di kawasan terpencil di utara Jepun membunuh seekor beruang coklat yang terkenal dengan gelaran ninja kerana menyerang sekurang-kurangnya 66 lembu, kata seorang jurucakap pada Selasa.

Eksploitasi ‘OSO18’, nama diberikan kepada beruang itu mendapat liputan media yang meluas termasuk menerusi dokumentari dramatik disiarkan televisyen.

Beruang itu dipercayai mula menyerang ternakan pada 2019 di kawasan timur Hokkaido, pulau utama di utara Jepun yang mempunyai jumlah penduduk yang tidak ramai.



Tabiat ‘OSO18’ untuk tidak memakan lembu tenusu yang diserangnya – hanya 66 lembu mangsa serangannya, mati – membingungkan pakar.

Ia juga berjaya mengelak usaha bertahun-tahun oleh pihak berkuasa untuk menangkap atau membunuhnya.

“Seekor beruang coklat diburu pada 30 Julai, dan pelbagai analisis, termasuk ujian deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan bahawa ia adalah OSO18,” kata jurucakap kerajaan wilayah Hokkaido, Tadayoshi Takeda, kepada AFP pada Selasa.

“Saya pasti penduduk tempatan berasa lega mendengar berita ini,” katanya.



Beruang coklat di Jepun hanya tinggal di Hokkaido di mana populasinya dianggarkan hampir 12,000 ekor.

Tetapi populasinya semakin meningkat, menyebabkan masalah apabila terdapat kontak dengan manusia.

Pada 2021, empat individu terbunuh dalam insiden membabitkan beruang dan 10 lagi individu cedera.

Beruang coklat juga dipersalahkan atas kerosakan bernilai kira-kira AS$2 juta (kira-kira RM9.3 juta) pada tanaman, iaitu angka tertinggi dalam rekod.



‘Beruang ninja’ akhirnya dibunuh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kebocoran maklumat IPIC, Najib akan terus di’zalimi’?

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button