Piala AFC: TFC bakal berdepan cabaran getir

Piala AFC: TFC bakal berdepan cabaran getir

Piala AFC: TFC bakal berdepan cabaran getir
TFC berdepan cabaran getir pada saingan Piala AFC kali ini apabila diletakkan dalam kumpulan bersama Central Coast Mariners dari Australia.

KETIKA Sabah FC masih mampu tersenyum melihat undian aksi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), tugasan mencabar menanti Terengganu FC apabila terpaksa berdepan lawan dari Australia.

Sabah berada dalam Kumpulan H bersama tiga kelab serantau, Haiphong FC dari Vietnam, Hougang United (Singapura) dan PSM Makassar (Indonesia).

TFC pula yang berada dalam Kumpulan G akan bersaing dengan Central Coast Mariners (Australia), Bali United (Indonesia) dan Stallion Laguna (Filipina).



“Agak sukar kerana kita perlu berdepan kelab dari Australia. Difahamkan ramai pemain kebangsaan Australia beraksi untuk kelab itu, tetapi ini kesempatan buat pemain menonjolkan diri,” kata Pengurus Terengganu FC, Mohd Fadhil Wahab.

Sementara itu, Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee juga akui lega dengan hasil undian dan menjadikan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City sebagai panduan utama untuk bersaing di pentas Asia.

“Kalau daripada segi perbandingan, kita berada dalam kumpulan yang lebih baik kerana mampu elak pasukan daripada Australia. Tetapi ini adalah pertandingan berbeza dan kami tidak boleh terlalu selesa kerana ia mampu ‘makan diri’.

“Di peringkat Asia perlawanan di tempat lawan akan janjikan cabaran berbeza. Kita ingin jadikan JDT sebagai inspirasi, bgitu juga dengan KL City kerana mereka juga mampu mara ke final,” katanya ketika ditemui selepas undian, semalam.



Piala AFC: TFC bakal berdepan cabaran getir


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Azmin Mula Menyerang Muhyiddin, Adakah PAS Di Belakangnya?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading