Amelia Henderson Tak Perasan Kaki Sudah Senget Kerana Terlalu Mengantuk

Patah Jari Kaki Akibat Terlanggar Bucu Katil

Amelia Henderson Tak Perasan Kaki Sudah Senget Kerana Terlalu Mengantuk

Amelia Henderson Tak Perasan Kaki Sudah Senget Kerana Terlalu Mengantuk
Amelia Henderson Tak Perasan Kaki Sudah Senget Kerana Terlalu Mengantuk

Pelakon dan pengacara popular, Amelia Henderson, 28, patah jari kaki kiri akibat terlanggar bucu katil ketika mahu ke bilik air untuk menggosok gigi. Selasa lalu.

Disebabkan itu, Amelia yang bakal mengendalikan acara TikTok Awards Malaysia 2023, Ahad ini perlu memakai but khas.

Amelia Henderson Tak Perasan Kaki Sudah Senget Kerana Terlalu Mengantuk



 

Amelia berkata, dia juga terpaksa mengambil pil penahan sakit malam itu nanti dan dalam masa sama berharap kesakitan akan berkurangan menjelang Ahad ini.

“Ia sudah pun berlaku, jadi tak banyak yang boleh saya lakukan. Harap-harapnya pada hari itu (Ahad ini), kesakitan semakin berkurang. Saya juga cuba mengehadkan pergerakan sebab tak nak terlalu beri tekanan pada kaki,” katanya.

Amelia berkata, doktor memang mencadangkan dia menjalani pembedahan. Namun, terpaksa ditangguhkan kerana enggan menjejaskan jadual kerja terdekat yang perlu diselesaikan.



“Patutnya saya perlu menjalani pembedahan tapi disebabkan jadual padat, saya minta tangguh dulu walaupun jari saya kelihatan hodoh. Tak apalah yang penting dapat habiskan kerja,” katanya.

Menceritakan kejadian itu, Amelia berkata, dia tidak menyangka jari kakinya itu patah kerana pada mulanya dia ingat hanya mengalami kesakitan biasa.

“Saya baru balik kerja. Kira-kira jam dua pagi saya sudah hendak tidur, tapi sebelum tidur nak pergi berus gigi. Ketika nak berjalan ke bilik air, saya terlanggar bucu katil. Ada bunyi dan memang sakit.

“Ingatkan sakit biasa, kemudian saya duduk dan lihat jari kaki macam dah senget. Saya dah risau sebab nampak seperti teruk,” katanya.



Selepas mendapatkan rawatan, doktor mengesahkan jari kaki kirinya patah (multiple fracture) dan dinasihatkan untuk melakukan pembedahan.

“Saya ingat terkehel (discolated), rupa-rupanya patah dalam. Bukan satu tapi ada beberapa bahagian juga. Ikutkan saya perlu ditahan wad dan buat pembedahan,” katanya.

Sementara itu, pelakon filem Pulau itu turut berterima kasih kepada TV3 dan TikTok kerana sangat mengambil berat keadaannya. Dia memang sangat teruja dan tidak sabar mengacarakan anugerah julung kali diadakan itu.

“Saya tak sabar menantikan acara itu kerana saya sendiri banyak menghabiskan masa di TikTok. Walaupun kaki cedera tapi saya tak sabar nak melaram pada malam itu.



“Mungkin saya akan letak perincian pada kasut khas itu supaya kelihatan menarik. Saya juga tak sabar nak jumpa ramai pempengaruh yang selama ini hanya dilihat di TikTok,” katanya.

Amelia Henderson Tak Perasan Kaki Sudah Senget Kerana Terlalu Mengantuk


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Azmin Mula Menyerang Muhyiddin, Adakah PAS Di Belakangnya?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading