Dua pemuda maut kemalangan kereta
Dua pemuda maut kemalangan kereta
JOHOR BAHRU: Dua pemuda maut selepas kereta dinaiki terbabas di Jalan Tun Abdul Razak, Taman Suria Muafakat, di sini pada awal pagi hari ini.
Lee Chee Yong dan Seow Zong Ho, masing-masing berusia 19 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 2 pagi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.55 pagi dan 12 anggota bersama sebuah Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dihantar ke lokasi kejadian.
Katanya, kemalangan membabitkan Honda City dinaiki dua lelaki.
“Kereta itu dipercayai terbabas, seorang mangsa ditemukan tersepit dalam kereta, manakala seorang lagi tercampak ke pembahagi jalan. Anggota Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Dua pemuda maut kemalangan kereta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Pulai, cabaran besar buat Anwar-Zahid buktikan Perpaduan
- “Kamu boleh pergi berambus” Apandi sergah Mahathir.
- Benarkah DAP Adalah Punca Orang Melayu Menolak UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :