Remaja hilang di Rompin semalam ditemui lemas

Remaja hilang di Rompin semalam ditemui lemas

Remaja hilang di Rompin semalam ditemui lemas
Operasi pasukan mencari dan menyelamat mangsa di Sungai Lubuk Batu, Kota Bahagia, Rompin. – Foto FB Bomba & Penyelamat Negeri Pahang

KUANTAN: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus di Sungai Lubuk Batu, Kota Bahagia, Rompin, semalam, ditemui lemas hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata mayat Mohd Iman Daniel Azri, 14, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada 6.59 petang, selepas timbul lima meter dari lokasi dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ringkas dalam satu kenyataan malam ini.



Semalam media semalam melaporkan, Mohd Iman Daniel yang beralamat di FELDA Keratong 4, Rompin, dipercayai dihanyutkan arus ketika mencari kepah di sungai berkenaan, bersama rakannya. – BERNAMA

Remaja hilang di Rompin semalam ditemui lemas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PRK Pelangai, PAS Pahang hanya ‘Juara Jual Minyak’



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button