Kapal persiaran bawa pelancong beroperasi secara haram ditahan
Kapal persiaran bawa pelancong beroperasi secara haram ditahan
LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal persiaran membawa pelancong melihat pemandangan matahari terbenam atau ‘Sunset Cruise’ di sekitar perairan Langkawi, dekat sini kerana disyaki beroperasi secara haram.
Kapal persiaran itu ditahan ketika sedang terapung di 0.1 batu nautika timur laut Pulau Dayang Bunting, pada 6 petang kelmarin.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, berkata ketika ditahan kapal layar itu membawa tiga kru berusia di antara 31 dan 51 tahun dengan masing-masing seorang warga Thailand dan dua tempatan.
“Kapal persiaran itu dipercayai turut membawa sejumlah pelancong melihat pemandangan matahari terbenam atau ‘Sunset Cruise’ di kawasan berkenaan.
Romli berkata, kapal persiaran berserta kru kemudian ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Malaysia di Bukit Malut di sini, untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
“Semua pengusaha kapal persiaran perlu mematuhi segala aspek perlesenan, insurans dan keselamatan bagi menjaga keselamatan penumpang kapal,” katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, Maritim Malaysia menasihatkan pelancong lebih peka untuk memilih pengusaha kapal persiaran yang berdaftar dengan Jabatan Laut Malaysia untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Kapal persiaran bawa pelancong beroperasi secara haram ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Pulai, cabaran besar buat Anwar-Zahid buktikan Perpaduan
- “Kamu boleh pergi berambus” Apandi sergah Mahathir.
- Benarkah DAP Adalah Punca Orang Melayu Menolak UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :