Lelaki rugi RM27,000 ditipu rakan palsu

Lelaki rugi RM27,000 ditipu rakan palsu

Lelaki rugi RM27,000 ditipu rakan palsu
Foto hiasan

MIRI: Seorang penyelia pengangkutan di salah sebuah syarikat swasta di sini, kerugian RM27,000 akibat terpedaya penipuan panggilan telefon oleh individu yang mengaku sebagai rakannya.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata kejadian berlaku pada 24 Ogos lalu ketika lelaki berusia 40-an itu berada di rumah.

Katanya, mangsa telah menerima satu panggilan telefon daripada individu dan memperkenalkan dirinya sebagai rakan yang menggunakan talian baharu kerana kehilangan telefon serta dompet.



Alexson berkata, individu terbabit kemudian meminta bantuan untuk meminjam wang kerana akaun bank masih perlu dikemas kini.

“Namun pada 25 Ogos, ketika berada di sekitar bandar raya Miri, mangsa terserempak dengan rakan sebenar dan dimaklumkan oleh rakannya itu tidak pernah kehilangan telefon dan dompet,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alexson berkata, mangsa yang menyedari telah ditipu kemudian tampil membuat laporan polis.

Lelaki rugi RM27,000 ditipu rakan palsu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



PRK Pelangai, PAS Pahang hanya ‘Juara Jual Minyak’

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading