Pesara ditipu hampir RM200,000

Pesara ditipu hampir RM200,000

Pesara ditipu hampir RM200,000
Pesara ditipu hampir RM200,000

TAIPING: Seorang pesara kerajaan kerugian wang RM186,350 ditipu sindiket yang mendakwa kononnya mangsa terbabit dalam pengubahan wang haram menyebabkannya memindahkan wang ke dalam akaun suspek.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, berkata mangsa dihubungi lelaki mengaku sebagai Pegawai Pejabat Pos Kuala Lumpur mengenai bungkusan mengandungi kad pengenalan milik mangsa dan beberapa kredit kad yang dihantar ke Sarawak, Khamis lalu.

Katanya, mangsa yang berusia 42 tahun kemudian disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka sebelum disambungkan kepada pegawai polis berpangkat Datuk yang mengarahkannya memindahkan wang sebanyak RM146,450 milik ke akaun yang diberikan kononnya bagi tujuan siasatan.



“Mangsa yang cemas dan ketakutan memindahkan wang berjumlah keseluruhan sebanyak RM186,450 ke enam akaun membabitkan 38 kali transaksi bermula 24 hingga 26 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan media.

Katanya, mangsa dimaklumkan proses siasatan mengambil masa setengah jam dan hanya menyedari ditipu selepas gagal menghubungi suspek menyebabkannya membuat laporan polis.

Pesara ditipu hampir RM200,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PRK Pelangai, PAS Pahang hanya ‘Juara Jual Minyak’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button