Super Saola ancam Filipina
Super Saola ancam Filipina

Manila: Ribut tropika Saola menjadi taufan super pada waktu subuh Ahad, memberi ancaman hujan lebat dan angin kencang di utara Filipina, kata biro cuaca negara Filipina.
Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina berkata, Saola boleh membawa hujan lebat di kawasan pergunungan, yang boleh mencetuskan banjir dan tanah runtuh, menurut Xinhua.
Biro itu melihat Saola kali terakhir di perairan pantai wilayah Isabela di pulau Luzon utara. Saola bertiup ke selatan-barat daya “perlahan”, membawa angin 185 kilometer sejam (km/j) dan tiupan sehingga 230 km/j
“Monsun barat daya yang dipertingkatkan oleh Saola akan membawa hujan sekali-sekala atau monsun di tanah besar Luzon dan wilayah Visayas di tengah Filipina dalam tempoh tiga hari akan datang,” biro itu memberi amaran.
Saola adalah taufan ketujuh yang membadai negara kepulauan itu tahun ini.
Super Saola ancam Filipina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Noor Hisham Mesti Di Siasat Atas Kemusnahan Di Era Pandemik Covid-19
- Isu Dana Judi: SPRM Akan Panggil Ahli Politik Bergelar Datuk Seri & Datuk
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :