Curi duit tabung masjid, pencuci kereta kena jel 3 hari denda RM3,000

Curi duit tabung masjid, pencuci kereta kena jel 3 hari denda RM3,000

Curi duit tabung masjid, pencuci kereta kena jel 3 hari denda RM3,000

REMBAU: Pencuci kereta dihukum penjara tiga hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Rembau selepas didapati mencuri duit tabung masjid.

Tertuduh Muhammad Syarifuddin Amir, 22 dari Pontian, Johor yang berdepan hukuman penjara dari tarikh sabitan hari ini mengaku salah melakukan perbuatan itu sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Kartini Kasran.



Tertuduh berdepan hukuman penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati mencuri duit tabung milik Masjid Tanah Datar, Rembau dianggarkan berjumlah RM250 pada jam 9.01 pagi pada 31 Mei lalu.

Berdasarkan fakta kes, kegiatan tertuduh dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid apabila tertuduh yang datang ke masjid menaiki kereta jenis Perodua Axia disyaki memecahkan tiga tabung masjid dengan memotong mangga kunci tabung berkenaan.

Tertuduh dalam rayuan meminta hukuman diringankan berikutan baru mula berkerja bagaimanapun pendakwaan kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bersifat pencegahan sebagai pengajaran kepada tertuduh.



Curi duit tabung masjid, pencuci kereta kena jel 3 hari denda RM3,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button