SAS 2023 jangka potensi transaksi RM700 juta

Shah Alam: Invest Selangor Berhad menjangkakan potensi transaksi bernilai RM700 juta pada Penganjuran Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2023 yang akan berlangsung di Skypark Regional Aviation Centre (RAC), Bukit Jelutong dekat sini pada 7 hingga 9 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, Datuk Hasan Azhari Idris berkata, penganjuran yang memasuki edisi ketiga itu turut mensasarkan pemeteraian lebih 10 memorandum persefahaman (MoU).

Katanya, pameran dengan tema The One & Only Business & General Aviation Show in the Region itu dijangka dihadiri lebih 20,000 pengunjung.

“Setakat ini, kami sasarkan sebanyak RM700 juta (potensi transaksi) yang mana tahun lalu kita peroleh RM1.1 bilion.



Menurutnya, program ini juga sebagai platform rangkaian untuk pemain industri aeroangkasa, terutamanya peneraju perniagaan serta penerbangan am, memperkasakan semula perniagaan mereka di rantau ini.

Katanya, pameran itu adalah satu-satunya acara yang menampilkan peserta pameran tempatan dan antarabangsa dengan inovasi terkini yang memfokuskan kepada sektor penerbangan perniagaan (jet peribadi) dan penerbangan am (pesawat ringan dan helikopter, pesawat sukan dan rekreasi) di rantau ini serta segmen dron.



“SAS 2023 akan menempatkan 41 pameran pesawat statik selain 117 pempaper dari enam negara iaitu Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Denmark, Singapura dan Hong Kong yang mengambil bahagian tahun ini,” katanya.

SAS 2023 jangka potensi transaksi RM700 juta
Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, Datuk Hasan Azhari Idris. – FOTO NSTP/Faiz Anuar

Menurutnya, pada penganjuran kali ini, aktiviti menarik seperti Drone Cage akan diadakan dengan penganjuran Drone Race serta Drone Soccer.

Katanya, Drone Soccer ialah sukan udara yang baharu diperkenalkan membabitkan dua pasukan terdiri daripada lima pemain dengan setiap pasukan perlu menjaringkan jumlah gol tertinggi.

Katanya, Drone Race pula memerlukan peserta mengawal dron yang dilengkapi kamera dan dron terpantas akan dikira sebagai pemenang.



Mengulas lanjut, Hasan Azhari turut menasihati pengunjung yang ingin datang ke pameran itu menggunakan perkhidmatan e-hailing atau bas yang disediakan penganjur di parkir Stadium Shah Alam yang terletak bersebelahan pasar raya Giant Seksyen 13.

Pengunjung yang berminat menghadiri SAS 2023, sama ada untuk mempelajari lebih lanjut berkenaan sektor aeroangkasa di Selangor atau berjumpa syarikat pempamer, sila daftar terlebih dahulu melalui laman web rasmi di https://selangoraviationshow.com/ dan pilih hari dan waktu lawatan.

SAS 2023 jangka potensi transaksi RM700 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading