EPL: Ten Hag bakal tandatangani kontrak baharu

EPL: Ten Hag bakal tandatangani kontrak baharu

EPL: Ten Hag bakal tandatangani kontrak baharu
TEN HAG

MANCHESTER – Kemenangan 3-2 ke atas Nottingham Forest pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford Sabtu lalu menyaksikan Manchester United tidak pernah tewas di laman sendiri dalam 31 perlawanan di bawah pengurus, Erik Ten Hag.

Walaupun ketinggalan 0-2 seawal minit keempat, namun pemain-pemain The Red Devils langsung tidak mengenal erti putus asa apabila bangkit dengan menjaringkan tiga gol, sekali gus mengutip tiga mata.

Kemenangan ke atas Forest membuktikan kepakaran teknikal yang dimiliki pengendali dari Belanda itu dan United dikatakan sedia untuk menawarkan kontrak lanjutan selama dua tahun kepada Ten Hag.



Walaupun sebelum ini sebahagian daripada penyokong United mencemuh taktikal yang diterapkan Ten Hag, namun cemuhan itu nampaknya makin hilang selepas United bangkit menewaskan Forest.

Walaupun ada beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan prestasi Ten Hag, namun tidak boleh dinafikan bahawa beliau memberi impak positif kepada United apabila membantu pasukan itu memenangi Piala Liga England (EFL) musim lalu.

Selain itu, beliau juga bijak apabila berdepan pelbagai isu dalam kelab termasuk saga melibatkan Cristiano Ronaldo selain kegagalan pasukan dalam pasaran perpindahan pemain yang hampir meranapkan United.

Justeru, Ten Hag dikatakan wajar untuk diberikan kontrak baharu dengan kenaikan gaji tidak kira sama ada pasukan itu bertukar milik ataupun tidak kerana kemampuannya mengubah mentaliti pemain-pemain United. – AGENSI



EPL: Ten Hag bakal tandatangani kontrak baharu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading