Lelaki dengan 12 rekod jenayah mati ditembak

Lelaki dengan 12 rekod jenayah mati ditembak

Lelaki dengan 12 rekod jenayah mati ditembak
Lelaki mati ditembak di Jalan Hamzah Alang, Persiaran Hamzah Alang Klang. – Foto ihsan PDRM

KLANG: Seorang lelaki ditemui mati ditembak di depan sebuah premis kedai di Jalan Hamzah Alang, Kapar di sini, malam tadi.

Kejadian yang membabitkan mangsa berusia 36 tahun itu disedari orang awam yang terdengar beberapa das tembakan dilepaskan dan berlaku kemalangan kecil.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat itu kira-kira jam 10.35 malam.



“Pemeriksaan mendapati kes tembakan itu berlaku di hadapan rumah kedai dua tingkat.

“Siasatan mendapati mangsa memiliki 12 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan dihantar ke hospital berdekatan bagi proses bedah siasat,” katanya hari ini.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atau balai bolis berhampiran,” katanya.

Lelaki dengan 12 rekod jenayah mati ditembak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading