Seronok tengok Sharnaaz dan Noor Nabila sambut ‘birthday’ Jebat

Netizen siap tanya mana Engku Emran

Seronok tengok Sharnaaz dan Noor Nabila sambut ‘birthday’ Jebat

Seronok tengok Sharnaaz dan Noor Nabila sambut ‘birthday’ Jebat
Netizen persoal kelibat Engku Emran di majlis ulang tahun kelahiran Jebat.

HUBUNGAN baik pelakon Sharnaaz Ahmad bersama bekas isterinya iaitu Noor Nabila sentiasa menerima pujian ramai walaupun mereka telah bercerai sejak tiga tahun lalu.

Malah baru-baru ini, kehadiran Sharnaaz di majlis ulang tahun kelahiran anak lelakinya Jebat Jayden sekali lagi menarik perhatian netizen.

Rata-ratanya meluahkan rasa kagum dan memuji sikap dua personaliti ini yang dilihat berusaha sebaik mungkin bagi menggembirakan anak tunggal mereka itu.



 

Bukan itu sahaja, sikap keluarga Nabila yang memberi layanan baik terhadap Sharnaaz juga mendapat pujian.

“Sharnaaz dengan Nabila sangat profesional, masing-masing nak bahagiakan anak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Yang Mampu Menenggelamkan Populariti Sanusi?




“Nampak muka ayah Nabila panggil Sharnaaz masuk sekali bergambar. Bagus keluarga ini,” antara komen netizen

Bagaimanapun dalam kemeriahan sambutan ulang tahun kelahiran itu, kelibat suami Nabila iaitu Engku Emran tidak kelihatan.

Ia sekaligus mencetuskan tanda tanya peminat memandangkan sebelum ini terdapat khabar angin yang mendakwa rumah tangga pasangan berkenaan sedang bermasalah.



“Engku Emran tak ada ke? Dah memang tak nampak Engku Emran dengan Nabila. Betul ke dah tak ada apa-apa?

“Mana ayah tiri Jebat? Tak ikut sekali ke?” antara komen netizen.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Pelangai, PAS Pahang hanya ‘Juara Jual Minyak’



 

Seronok tengok Sharnaaz dan Noor Nabila sambut ‘birthday’ Jebat
Netizen tertanya-tanya kelibat suami Nabilah.

Untuk rekod, Nabila dan Emran bernikah pada 19 Mac 2021 dan ia merupakan perkahwinan kedua buat Nabila selepas berpisah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan dengan Sharnaaz, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.

Sementara itu, Emran pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 namun bercerai selepas tujuh tahun melayari alam rumah tangga dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 14 tahun.



Emran kemudiannya pernah berkahwin dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 dan bercerai pada 2020.

Seronok tengok Sharnaaz dan Noor Nabila sambut ‘birthday’ Jebat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button