Singa berkeliaran lagi di bandar Karachi cetuskan panik

Singa berkeliaran lagi di bandar Karachi cetuskan panik
TANGKAP layar menunjukkan singa yang ditangkap semula selepas mencetuskan panik di Karachi. FOTO Reuters

Islamabad: Buat kali kedua pada tahun ini, seekor singa dilihat berkeliaran di bandar raya Karachi, Pakistan, menurut seorang pegawai polis pada Rabu.

Singa jantan berusia 20 bulan itu berkeliaran di kawasan perumahan di Karachi selama kira-kira dua jam pada Selasa dan telah mencetuskan panik sebelum haiwan itu ditangkap semula, kata pegawai polis Sheraz Nazir.

Sementara itu, pegawai hidupan liar Mukhtiar Ahmed berkata pasukannya mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam untuk mengepung singa itu di tempat letak kereta dan kemudian menangkapnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Singa berkenaan diserahkan kepada zoo di bandar raya itu dan pertuduhan jenayah sedang difailkan terhadap pemiliknya kerana memelihara haiwan liar di kawasan perumahan.



Pemilik boleh dikenakan denda sehingga 300,000 rupee Pakistan (sekitar AS$1,000) dan penjara sehingga tiga tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Yang Mampu Menenggelamkan Populariti Sanusi?

Tetapi undang-undang itu sering diabaikan.

Pada Februari lalu, seekor harimau bintang kelihatan berkeliaran di kawasan kejiranan berhampiran Islamabad dan renjer hidupan liar mengambil masa beberapa jam untuk menangkapnya.

Singa berkeliaran lagi di bandar Karachi cetuskan panik


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading