Insiden tembakan di AS, suspek bersenjata diburu

Oleh – Syeikh Baran


Insiden tembakan di AS, suspek bersenjata diburu
GAMBAR HIASAN

Polis Illinois di Amerika Syarikat (AS) sedang mengesan seorang suspek yang dipercayai menembak mati tujuh individu di dua buah rumah di bandar Joliet pada Isnin lapor Agensi Berita tca/dpa.

Menurut polis suspek Romeo Nance yang disyaki memandu sebuah kereta Toyota Camry berwarna merah memiliki senjata api dan dianggap berbahaya.



Polis Joliet berkata suspek berusia 23 tahun itu berketinggian 188 sentimeter dan berat 72 kilogram.

Menurut polis mayat mangsa ditemukan di rumah di blok 2200 West Acres Road.

Pihak berkuasa kemudian menutup laluan Madison Street dan penutupan itu dijangka berlarutan selama beberapa jam.

Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi Jabatan Polis Joliet atau agensi penguatkuasaan tempatan berhampiran.



Sementara itu, ketua polis Joliet Bill Evans mengesahkan kematian tujuh mangsa berkenaan. – BERNAMA-tca/dpa

SUMBER – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading