Empat warga Indonesia disyaki terbabit kes bunuh ditahan
Empat warga Indonesia disyaki terbabit kes bunuh ditahan
KENINGAU: Polis menahan empat lelaki warga Indonesia semalam, dipercayai terbabit dengan kes bunuh seorang lelaki di Kampung Batu 27, Jalan Tenom-Keningau, 27 Ogos lalu.
Mangsa warga Indonesia berusia 47 tahun ditemui terbaring oleh orang awam kira-kira jam 4 petang.
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai, berkata hasil siasatan mendapati mangsa ditemui seorang lelaki tempatan ketika melakukan rondaan di kawasan kebun berkenaan.
“Mangsa ditemui terbaring di rumah kebun dalam keadaan tidak sedarkan diri tetapi masih bernafas. Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Namun disahkan meninggal dunia pada keesokannya akibat pendarahan dalaman otak dengan terdapat benjolan pada kepala kanan mangsa,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.
Menurutnya, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu jam 9.50 malam, pada 29 Ogos lalu dan siasatan terus dilakukan.
“Hasil siasatan, dua wanita dan seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan untuk mengesan empat suspek utama yang terbabit dalam kes itu.
“Bertindak atas maklumat, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau berjaya membuat tangkapan secara berasingan terhadap empat suspek terbabit.
“Keempat-empat suspak warga Indonesia berusia 17 hingga 37 tahun itu ditahan antara jam 8 pagi hingga 3 petang di kawasan tepi jalan Kampung Bunga Raya, di sini, dan hadapan rumah tidak bernombor di ladang sawit Sapong-Tenom,” katanya.
Suspek ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Empat warga Indonesia disyaki terbabit kes bunuh ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lepas 2 Kali Jadi PM, Baru Sekarang Mahathir Sedar Sekolah Vernakular Wujud
- 2 Golongan Yang WAJIB UMNO Dekati
- Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :