La Liga: Jude Bellingham terus cipta sensasi

La Liga: Jude Bellingham terus cipta sensasi

MADRID – Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti semakin terpukau dengan impak yang dipamerkan oleh pemain tengah, Jude Bellingham apabila sekali lagi menjadi wira pasukan untuk menewaskan Getafe 2-1 pada aksi La Liga awal pagi semalam.

La Liga: Jude Bellingham terus cipta sensasi
BELLINGHAM berjaya meledak gol kemenangan Real ketika mereka menewaskan Getafe pada aksi La Liga awal pagi semalam. – AFP

Pada perlawanan itu, Bellingham menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan ketika kedudukan terikat 1-1 dengan The Galacticos bangkit selepas ketinggalan hasil gol yang dilakukan oleh Borja Mayoral apabila Joselu menyamakan kedudukan awal babak kedua.

Keputusan tersebut menyaksikan Real kekal dengan rekod bersih apabila meraih empat kemenangan berturut-turut musim ini.



Kata Ancelotti, prestasi yang dipamerkan oleh Bellingham sangat luar biasa dan tidak keterlaluan untuk katakan pemain antarabangsa England itu meledak 15 gol musim ini.

“Bellingham seorang pemain yang sangat pintar dan memiliki penyudah yang baik. Berdasarkan prestasi semasa, saya sasarkan dia untuk menjaringkan sekurang-kurangnya 15 gol pada kempen kali ini,” katanya.

Sementara itu, Ancelotti turut memuji prestasi yang ditampilkan oleh dua pemain veteran, Luka Modric dan Toni Kroos yang kekal menjadi jeneral di atas padang dalam membantu rakan sepasukan untuk melakukan kebangkitan dramatik.

“Kroos dan Modric adalah pemain yang tidak boleh ditukar ganti. Mereka adalah gandingan terbaik di jentera tengah dan saya harap pemain muda kami banyak belajar dengan mereka,” katanya. – AGENSI



La Liga: Jude Bellingham terus cipta sensasi

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading