Siasatan kes buli pelatih TUDM pada peringkat akhir
Siasatan kes buli pelatih TUDM pada peringkat akhir
IPOH: Siasatan berhubung kes buli lima pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuantan kini pada peringkat akhir.
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, berkata individu yang didakwa terlibat dalam kes memukul pelatih berkenaan akan dipanggil semula untuk disoal siasat oleh polis.
“Jadi kita tunggu siasatan daripada polis dan tindakan akan diambil dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda (PjM) Udara Siri 66/2023 di Akademi Tentera Udara (ATU) di sini hari ini.
Beliau menegaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara am dan TUDM khususnya tidak berkompromi dengan kes buli melibatkan anggota dan pegawainya.
“Berdasarkan peraturan sedia ada dan undang-undang ATM, sesiapa yang melakukan pembulian akan diambil tindakan tegas, termasuk pemberhentian tetapi semuanya bergantung kepada hasil siasatan yang dilaksanakan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2 Golongan Yang WAJIB UMNO Dekati
- Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?
“Kita perlu melaksanakan siasatan terperinci sebelum apa-apa tindakan diambil,” katanya sambil menambah semua mereka yang disyaki terlibat dalam kes itu telah ditempatkan kembali di unit masing-masing.
Pada 9 Mei lepas, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dilaporkan berkata, pihaknya merekodkan lebih 10 keterangan dalam siasatan berhubung kes itu termasuk lima pelatih yang mendakwa menjadi mangsa, selain enam pelatih yang didakwa melakukan perbuatan tersebut.
Sebelum ini, Ramli mengesahkan pihaknya menerima laporan empat lagi pelatih mendakwa turut menjadi mangsa buli di pangkalan udara itu selepas seorang bapa membuat laporan polis mendakwa anaknya dibuli di situ.
Media melaporkan lima pelatih kursus TUDM dipukul anggota senior ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Kuantan dan kejadian terbongkar selepas keluarga seorang daripada mangsa tampil membuat laporan polis. – BERNAMA
Siasatan kes buli pelatih TUDM pada peringkat akhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cara Media Perdana Membunuh Kerajaan Perpaduan
- Lepas 2 Kali Jadi PM, Baru Sekarang Mahathir Sedar Sekolah Vernakular Wujud
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?