Lelaki terbabit rogol adik ipar sudah ditahan polis
Lelaki terbabit rogol adik ipar sudah ditahan polis
Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang diburu polis kerana disyaki terbabit kejadian rogol bergilir-gilir adik iparnya di sebuah rumah dekat Wangsa Maju di sini, sudah ditahan polis.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan pada Sabtu lalu.
“Suspek ditahan reman selama enam hari sehingga Jumaat ini, bagi membantu siasatan.
“Polis kini giat memburu lima lagi suspek yang masih bebas,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang wanita sedang tidur ‘diserang’ lima lelaki sebelum diperkosa secara gilir-gilir pada 30 Ogos lalu.
Dalam kejadian 3.30 pagi, mangsa berusia 27 tahun tersedar apabila mulutnya ditutup dengan tangan oleh suspek yang juga dipercayai rakan kepada abang iparnya.
Difahamkan, suspek turut bertindak mengikat tangan dan menutup mulut mangsa dengan pita pelekat sebelum mereka memperkosanya dan merakam perbuatan terkutuk itu.
Berikutan itu, polis menerima laporan segera menjalankan siasatan dan memburu lima suspek serta abang ipar mangsa yang dipercayai melarikan diri.
Lelaki terbabit rogol adik ipar sudah ditahan polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hadi Awang Akan Di Dakwa
- Tun Razak Perkenalkan Dasar Buku Hijau, Mahathir Pula Perkenalkan Dasar Mak Kau Hijau
- KENYATAAN MEDIA Peguambela YAB DS Ahmad Zahid Hamid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Presiden UMNO Secara Rasmi Di Keluarkan Dari Senarai Kluster Mahkamah