Benarkah Jho Low Sudah Tidak Ada Lagi?

Benarkah Jho Low Sudah Tidak Ada Lagi?

Benarkah Jho Low Sudah Tidak Ada Lagi?

Penulis agak terkejut apabila membaca artikel yang bertajuk Mungkinkah Jho Low Sudah Tidak Ada Lagi? dalam sebuah laman blog.

Menurut penulis tersebut, artikel yang beliau tulis adalah berdasarkan dari lapuran The Coverage.

Laman blog tersebut mendakwa Jho Low dipercayai sudah ‘dilenyapkan’ oleh pihak berkuasa negara China.



Benarkah Jho Low Sudah Tidak Ada Lagi?

Ini adalah kerana Jho Low dikatakan telah menggunakan Xinyuan Liu untuk memperdaya keluarga Di Raja Kuwait.

Siapa Xinyuan Liu?

Beliau adalah anak saudara kepada presiden China, Xi Jinping.



Perkara ini telah membuatkan kerajaan China merasa sangat marah ke atas Jho Low.

Hujah kedua yang digunakan adalah kali terakhir Jho Low cuba membuat tawaran kepada Kerajaan Malaysia adalah satu tahun yang lepas.

Sejak dari itu, tidak ada khabar berita mengenai Jho Low.

Bagi penulis, hujah yang digunakan tidak boleh dipandang remeh kerana kita tahu keupayaan pihak perisik dan intelijen negara China.



Dan sekiranya benar Jho Low menggunakan anak saudara presiden China untuk menjayakan penipuan beliau, ianya adalah satu kesilapan yang besar.

Jadi, tidak hairanlah mengapa peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan, tiba-tiba menyerah diri selepas 5 tahun hidup dalam pelarian.

Mungkinkah Jho Low Sendiri Yang Merekayasa Berita Kematian Beliau?

Namun begitu, tidak boleh ditolak kemungkinan bahawa berita ini palsu dan sengaja ditularkan oleh Jho Low sendiri dengan membayar media antarabangsa.

Kita semua tahu, betapa liciknya manusia yang bernama Jho Low.



Tidak mustahil sekiranya beliau sendiri merekayasa berita kematian beliau.

Melihat kepada kebolehan beliau menipu beberapa kerajaan dan syarikat gergasi dunia, adalah tidak mustahil beliau mampu melakukannya.

Jangan lupa, nama Jho Low berada antara ‘top 5’ notis merah Interpol.

Mungkin tidak ada masalah untuk Jho Low memalsukan passpot antarabangsa beliau.]

Tetapi sekiranya nama beliau masih berada dalam senarai notis merah Interpol, ianya akan menyukarkan pergerakan beliau.



Walau bagaimana pun, sama ada perkara ini benar atau palsu, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

Benarkah Jho Low Sudah Tidak Ada Lagi?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button