Saintis cipta model ramalan gempa bumi

Saintis cipta model ramalan gempa bumi

Saintis cipta model ramalan gempa bumi
GAMBAR pemandangan dari udara menunjukkan kemusnahan akibat gempa bumi di Hatay, selatan Turkiye. – AFP

EVANSTON: Sekumpulan saintis di Amerika Syarikat (AS) mendakwa berjaya mencipta satu model baharu yang mampu meramalkan masa dan lokasi gempa bumi kuat seterusnya yang bakal berlaku.

Model itu dibangunkan oleh ahli seismologi dan pakar statistik dari Universiti Northwestern, beberapa hari selepas gempa bumi 7.8 magnitud mengegarkan Turkiye dan Syria sehingga mengorbankan lebih 28,000 orang.

Lapor Daily Mail, model ramalan itu mengambil kira susunan kejadian dan masa tertentu gempa bumi sebelumnya, berbanding bergantung pada purata masa antara bencana yang lalu.



Kaedah itu juga menerangkan sebab gempa bumi dan gempa susulan berlaku secara kelompok.

Pasukan saintis itu berpandangan sesar mempunyai `ingatan jangka panjang’ yang bermakna gempa bumi tidak melepaskan semua ketegangan yang terbina pada garis sesar dari semasa ke semasa.

“Jadi, ada yang masih kekal selepas gempa bumi kuat dan boleh menyebabkan kejadian gempa yang lain,” katanya.

Ahli seismologi mengandaikan kejadian gempa bumi kuat di sepanjang garis sesar adalah agak teratur.



Malah, jelas pasukan itu, gempa seterusnya akan berlaku selepas lebih kurang jumlah masa yang sama seperti dua kejadian sebelumnya.

Namun, hakikatnya, gempa bumi boleh berlaku lebih cepat atau lambat daripada dijangkakan.

Sementara itu, Profesor Jabatan Sains Planet dan Bumi dari Universiti Northwestern, Seth Stein berkata, kaedah itu mengambil kira sejarah kejadian gempa bumi yang penuh.

“Ia bukan sekadar merekodkan purata masa sejak kejadian gempa terakhir. Ini akan membantu kami dalam meramalkan bila gempa bumi seterusnya akan berlaku,” katanya.



Penyelidikan kumpulan saintis itu memberi tumpuan kepada kajian proses sempadan plat dan ubah bentuk dalam litosfera menggunakan pelbagai teknik antaranya seismologi, geodesi berasaskan angkasa lepas dan geofizik marin.

Umum rehat politik, Azmin takut kalah

Saintis cipta model ramalan gempa bumi

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Umum rehat politik, Azmin takut kalah




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading