Abd. Rauf bakal sertai FAM?

Abd. Rauf bakal sertai FAM?

Abd. Rauf bakal sertai FAM?
Abd Rauf (dua dari kiri) bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin melihat sesi latihan skuad B-23 negara malam tadi. – Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Skuad bawah 23 (B-23) negara mendapat ‘nasihat’ bekas pemain skuad Selangor era 90-an, Datuk Abd. Rauf Ahmad menjelang aksi terakhir kelayakan Piala Asia B-23 2024 menentang Thailand malam ini.

Sebagai rekod, nama Abd. Rauf bukanlah nama asing dalam arena bola sepak tempatan terutama ketika menjadi pengurus pasukan Selangor bermula musim 2017 hingga 2019.

Selepas hilang daripada radar hampir tiga tahun, Abd. Rauf dilihat hadir ke sesi latihan skuad muda Harimau Malaya di Chonburi, Thailand kelmarin bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.



Difahamkan, Abd. Rauf mungkin bakal diberi peranan khas oleh badan induk bola sepak negara untuk memegang jawatan penting dalam masa terdekat melibatkan projek pembangunan akar umbi.

Skuad B-23 negara kendalian E. Elavarasan bakal berdepan aksi hidup mati menentang tuan rumah di Stadium Chonburi dalam usaha muncul juara kumpulan sekali gus mara ke pusingan akhir di Qatar, Tahun depan.

Sebelum ini, pasukan remaja kebangsaan berjaya meraih kemenangan ke atas Bangladesh 2-0 dan Filipina 4-0 untuk berkongsi enam mata dengan Thailand di kedudukan teratas Kumpulan H. – KOSMO! ONLINE

Abd. Rauf bakal sertai FAM?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Mahkamah kekal keputusan, rayuan Pendakwaraya gagal

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading