Hamzah Zainuddin Dedahkan Pekong Sendiri Dalam Parlimen

Hamzah Zainuddin Dedahkan Pekong Sendiri Dalam Parlimen

Hamzah Zainuddin Dedahkan Pekong Sendiri Dalam Parlimen

Ketua Pembangkang yang juga merupakan ahli parlimen Larut, Hamzah Zainuddin, dilihat membuka pekong beliau sendiri di parlimen.

Dalam perbahasan beliau di parlimen, beliau mengingatkan pihak eksekuti supaya tidak mencampuri atau memberikan tekanan kepada penjawat awam dalam melaksanakan tugas mereka.

Kalau sekali dengar, apa yang beliau katakan itu adalah satu saranan yang cukup baik.



Penjawat awam mestilah diberikan kebebasan tanpa sebarang tekanan dari ahli politik untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Tetapi Hamzah Zainuddin lupa.

Ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri di era Muhyiddin dan Ismail Sabri, beliau adalah antara orang yang mencampuri urusan harian penjawat awam.

Ini bukan tohmahan yang tidak berasas.



@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Malah mantan Ketua Polis Negara, Hamid Bador, pernah mendedahkannya kepada media.

Menurut Hamid Bador, sejak Hamzah dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri ketika itu, beliau telah menyalahgunakan kuasa untuk menyusun pelantikan beberapa jawatan penting dalam PDRM.



Malah, kalau kita masih ingat, pernah tular satu rakaman audio di mana Hamzah berkata pelantikan jawatan penting dalam PDRM eloklah dari kalangan ‘budak kita’.

Sudah jelas lagi bersuluh.

Itu adalah apa yang didedahkan oleh mantan Ketua Polis Negara.

Bagaimana dengan jabatan-jabatan serta agensi-agensi lain yang ketika itu bernaung di bawah Kementerian Dalam Negeri?



Apakah Hamzah tidak pernah campurtangan dalam urusan harian mereka?

Secara logiknya, kalau PDRM pun Hamzah campurtangan, adalah tidak mustahil, jabatan dan agensi lain juga beliau turut campurtangan!!!

 

Hamzah Zainuddin Dedahkan Pekong Sendiri Dalam Parlimen

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button