Shuhada Muat Naik Video Pakai Baju Ketat Teruk Dikritik Netizen
Shuhada Muat Naik Video Pakai Baju Ketat Teruk Dikritik Netizen

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri kini dilihat bahagia menjalani kehidupannya selepas perpisahan mereka.
Dia juga dilihat sering berkongsi journey penurunan berat badannya di media sosial namun video dimuat naiknya semalam mengundang kritikan warganet.
Terbaru! Menerusi satu hantaran di Instagram, Shu berkongsi video dirinya menggayakan outfit hitam dan putih ketika berjalan di bandar Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, ia menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pengikutnya di laman sosial itu yang menegur cara pemakaian Shu.
Ada yang menasihati Shu tidak perlulah memakai pakaian yang ketat hanya demi untuk membuktikan badannya kini sudah langsing.


Rata-ratanya memuji kecantikan Shu namun kata mereka lebih elok dan manis jika pakaiannya dilonggarkan serta menutup aurat.
Kredit: Instagram Shuhada
Shuhada Muat Naik Video Pakai Baju Ketat Teruk Dikritik Netizen
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Pelangai – UMNO perlu kerja keras pertahan kemenangan
- Berapa orang ‘mati’ di P026 Ketereh hari ini?
- MKT UMNO Terus Membisu Dalam Isu Kes Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
“Mahathir umpama bahan pameran muzium di Mesir” – Nur Jazlan