Tharman angkat sumpah Presiden Singapura ke-9
Tharman angkat sumpah Presiden Singapura ke-9

Singapura: Tharman Shanmugaratnam mengangkat sumpah sebagai presiden kesembilan Singapura pada majlis angkat sumpah yang diadakan di Istana pada Khamis (14 Sept).
Tharman memenangi pilihan raya Presiden dengan memperoleh 70.40 peratus iaitu kira-kira 2.5 juta undi pada 1 Sept.
Dalam ucapan sulungnya sebagai ketua negara, Tharman berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk mewakili Singapura dan mempromosikan kepentingan negara itu di luar negara selaras dengan objektif dan keutamaan kerajaan.
“Kita telah memasuki era ketidaktentuan global dan kerapuhan yang semakin meningkat,” katanya.
Presiden itu berkata krisis Ukraine yang berterusan telah melanggar prinsip kedaulatan dan integriti wilayah negara-bangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengundi mati dianggap beban oleh Ahli Parlimen PN
- Kes IPIC, adakah Najib akan beroleh keadilan?
- YDP Agong ucap terimakasih kepada Najib untuk Pan Borneo
Justeru, beliau berkata Singapura mesti mencari jalan maju ke hadapan di tengah-tengah ketegangan global ini.
Sebagai presiden, Tharman berjanji untuk melaksanakan peranannya untuk mencerminkan nilai dan pandangan Singapura dan untuk meningkatkan kedudukannya di kalangan masyarakat .
Turut hadir pada majlis itu ialah Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon, isteri Tharman Jane Ittogi, Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong, dan menteri-menteri Kabinet.
Sementara itu, Lee berkata sebagai tambahan kepada tugas Tharman, beliau akan menjadi diplomat tertinggi Singapura yang mewakili negara di persada dunia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahidan Kassim Kantoi Menipu Dalam Parlimen
- Hamzah Zainuddin Dedahkan Pekong Sendiri Dalam Parlimen
“Saya berharap anda dapat membantu mengukuhkan hubungan kami dengan negara lain dan organisasi antarabangsa serta rakan kongsi, dan membuka peluang baharu di luar negara untuk rakyat dan perniagaan,” kata Lee menerusi ucapannya pada majlis itu.
Lee berkata beliau yakin bahawa Tharman akan memenuhi peranan baharunya dengan cemerlang.
Seorang negarawan dan ahli ekonomi Singapura, Tharman, 66, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura antara 2011 dan 2019, dan sebagai Menteri Kanan dalam Kabinet antara 2019 dan 2023.
Peranan beliau yang lain termasuk Pengerusi Monetary Authority of Singapore antara 2011 dan 2023, dan Timbalan Pengerusi GIC antara 2019 dan 2023.
Sebagai bekas anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang mentadbir Singapura, beliau adalah Ahli Parlimen (MP) yang mewakili bahagian Taman Jurong Jurong GRC antara 2001 dan 2023.
Pada Julai 2023, Tharman melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan dan meletak jawatan sebagai ahli PAP untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya presiden.
Tharman angkat sumpah Presiden Singapura ke-9
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Pelangai – UMNO perlu kerja keras pertahan kemenangan
- Berapa orang ‘mati’ di P026 Ketereh hari ini?
- MKT UMNO Terus Membisu Dalam Isu Kes Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
“Mahathir umpama bahan pameran muzium di Mesir” – Nur Jazlan