Tandas di China ini dianggap tercantik di dunia
Tandas di China ini dianggap tercantik di dunia
Beijing: Reka bentuk dan hiasan dalaman menarik menjadikan ruang tandas awam di sebuah pusat beli-belah di China, dianggap antara tercantik di dunia.
Oddity Central melaporkan, tandas itu direka bentuk oleh X+Living iaitu firma seni bina yang berpangkalan di Shanghai.
Ia juga dilengkapi dengan lampu gergasi yang menyinari dari atas, dan dengan cahaya yang memantul di lantai berkilat.
Di penghujung koridor, terdapat ruang istirahat lengkap dengan sofa yang diilhamkan oleh kelopak bunga.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO MESTI ‘Reform’ Sekiranya Mahu Kekal Relevan
- PRN 6 Negeri: Apakah Masa Hadapan UMNO?
- PAS sudah tidak perlu ber “IMAM” kan Muhyiddin lagi.
Di situ, individu boleh menunggu rakan mereka yang menggunakan tandas.
Tandas untuk lelaki dan wanita menampilkan hiasan lengkap dengan sinki berinspirasikan air pancut yang diletakkan pada ketinggian berbeza. Ia menjadikannya mudah dicapai oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
“Tandas di pusat beli-belah adalah ruang awam yang terbuka kepada semua orang.
“Ia memberi mereka ruang untuk berehat atau menyusun semula diri mereka.
“Ketika proses reka bentuk, saya tidak begitu mahu mereka bentuknya sebagai ruang berfungsi sahaja.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Jadi, saya cadangkan lebih penekanan pada reka bentuk tandas supaya mencerminkan penjagaan kemanusiaan di sudut yang tidak dijangka di pusat beli-belah.
“Itulah sebabnya kami menghasilkan konsep ‘taman santuari’,” kata pereka, Li Xiang.
Banyak yang menarik pada tandas itu, daripada abstrak geometri dan bentuk yang diilhamkan daripada bunga dan serangga, sehingga kepada kerusi mewah serta banyak jalur LED.
Tandas di China ini dianggap tercantik di dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Proses Mengindoktrinasi Trauma Bangsa Melayu Terhadap DAP Mesti Di Mulakan Dari Sekarang
- Mana Suara Ketua Pemuda UMNO Malaysia Bila Si Kitol Muncul Di Melaka?
- Berhenti Dari Syok Sendiri Dan Keluar Dari Sindrom Penafian Sekiranya Mahu Kekal Relevan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.