Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal
Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal
Secara keseluruhan program Himpunan Selamatkan Malaysia yang dianjurkan bersama oleh Pemuda Perikatan Nasional bersama beberapa NGO gagal mencapai matlamat.
Dari sudut publisiti mereka gagal menarik perhatian rakyat Malaysia.
Begitu juga dari sudut kehadiran, walau pun pada awalnya mereka mendakwa melebihi 10,000 orang yang akan menyertainya.
Ketua Polis Kuala Lumpur,Allaudeen Abdul Majid, menjelaskan kehadiran peserta Himpunan Selamatkan Malaysia hanyalah sekitar 800 ke 850 orang sahaja.
Tetapi lidah rasmi PAS, Harakah Daily, mendakwa jumlah kehadiran dalam Himpunan Selamatkan Malaysia mencecah ribuan.
Penulis tidak pasti dari mana Harakah Daily mendapat angka tersebut.
Mungkin dicampurkan dengan jumlah wartawan, anggota polis yang bertugas dan juga orang ramai yang kebetulan lalu lalang di sana…😜😜😜
Lebih memalukan, pencetus idea yang juga Ketua Pemuda PN, Fadhli Shaari tidak hadir, kerana kononnya ada temujanji dengan doktor…🥵🥵🥵
Ketua Pemuda PPBM, Wan Ahmad Fahysal juga tidak hadir.
Mungkin beliau ada temujanji dengan bomba, kita husnuzon lah yer…🤫🤫🤫
Klinik manalah yang tidak menghormati Hari Malaysia yang sudah diisytiharkan sebagai cuti umum.
Yang pasti, sudah tentu ianya bukan doktor kerajaan…😝😝😝
Cubaan Perikatan Nasional Gagal
Sebenarnya, Perikatan Nasional sudah tahu, program Himpunan Selamatkan Malaysia tidak akan mendapat sambutan dari orang ramai.
Sebab itu, mereka sengaja tidak memberikan notis kepada pihak polis 5 hari sebelum hari kejadian sebagaimana yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
Dan pelbagai kesilapan teknikal sengaja diwujudkan, seperti tidak dinyatakan lokasi, tidak dinamakan siapa penganjur.
Dengan harapan, pihak polis akan memberikan amaran keras, tetapi itu tidak berlaku.
Jadi, bolehlah diletakkan punca kegagalan atau kekacauan kepada pihak polis.
Polis bertindak bijak dengan bertindak sebagai pemudahcara kepada perhimpunan tersebut.
Perikatan Nasional sebenarnya mahu memanipulasi anak muda yang menghadiri program Keretapi Sarong pada hari yang sama di lokasi berdekatan.
Dan jumlah kehadiran anak muda dalam program tersebut dianggarkan melebihi 10,000 orang.
Ingat, Fadhli Shaari, pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau menjangkakan kehadiran orang ramai dalam Himpunan Selamatkan Malaysia adalah 10,000 orang.
Perikatan Nasional berharap supaya mereka dapat menarik orang ramai di program Keretapi Sarong supaya menyertai mereka.
Tetapi ternyata, anak muda yang menghadiri program Keretapi Sarong jauh lebih bijak dari Pemuda Perikatan Nasional.
Mereka meluat dan muak dengan sikap pemimpin Perikatan Nasional yang sering memperalatkan rakyat demi untuk kepentingan politik mereka.
Syabas kita ucapkan kepada anak muda Malaysia yang telah bertindak bijak.
Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal
Di Syorkan Untuk Anda:
- Hadi Awang Menipu Lagi
- Isham Jalil Hanya Berani Mengacah Dari Luar Gelanggang
- Amaran Terakhir Polis Kepada Penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia