2 sesak nafas gas ammonia bocor di kilang ais
2 sesak nafas gas ammonia bocor di kilang ais
IPOH: Dua mangsa sesak nafas susulan insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang ais di Persiaran Industri Rapat di Simpang Pulai di sini, awal pagi tadi.
Mangsa membabitkan lelaki dan wanita masing-masing berusia 25 dan 33 tahun bagaimanapun stabil di zon kuning selepas dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.
Kedua-dua mangsa bukan pekerja kilang ais terbabit, sebaliknya berada di kilang bersebelahan ketika kebocoran gas itu berlaku.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dibantu BBP Pasir Puteh dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 5.11 pagi.
Katanya, berdasarkan maklumat, penyelia kilang melaporkan paip saluran gas ammonia bocor dan bau gas dapat dikesan dalam jarak antara 30 hingga 90 meter.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sambutan Program Keretapi Sarong Jauh Lebih Meriah Berbanding Himpunan Selamatkan Malaysia
- Ayob Khan: 25 Akan Di Soal Siasat Berkaitan Himpunan Selamatkan Malaysia
Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal
“Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari BBP Pasir Puteh menutup kebocoran dikenal pasti di bahagian injap tangki seterusnya mengambil bacaan di zon kawasan itu, selain mengenal pasti kebocoran yang masih terdapat pada tangki.
“Insiden dikawal jam 10 pagi, namun pemantauan berterusan dilakukan bagi memastikan tiada lagi risiko,” katanya dalam kenyataan.
2 sesak nafas gas ammonia bocor di kilang ais
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Pecahkan Melayu, Sekarang Mahathir Mahu Pecahkan Malaysia
- Antara Kewalakan Ahli Dan Kelicikan Putera Gunung Ledang
- Demo “Selamatkan Malaysia” tidak laku, rakyat sudah bijak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat