Kolaborasi perkasa PMKS

Kolaborasi perkasa PMKS

Kolaborasi perkasa PMKS
PENGARAH Urusan Perbankan Peruncitan AmBank, Aaron Loo (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Mujiburrahman Abd Rashid (dua dari kanan) menandatangani dokumen perjanjian secara digital sambil diperhatikan Sulaiman (kiri) dan Jay Khairil pada majlis Perjanjian Kerjasama Strategik AmBank dengan Bank Simpanan Nasional. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM

Kuala Lumpur: AmBank (M) Berhad (AmBank) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) menjalin kerjasama bagi memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan menawarkan Bengkel Pembangunan Keusahawanan termasuk menyediakan tahap akses baharu kepada penyelesaian kewangan komprehensif.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, seramai 200 usahawan daripada Skim Pembiayaan Mikro BSN yang terpilih akan menjalani bengkel berkenaan di bawah Program Memperkukuh PMKS.

Katanya, program itu akan diadakan secara berkelompok bermula dari September sehingga Disember 2023 bertempat di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh, Kota Bharu dan Pulau Pinang.



“Untuk peringkat pertama, seramai 200 PMKS akan dipilih dan kami memperuntukkan sebanyak RM50,000 bagi menawarkan ganjaran tunai RM10,000 untuk modul perniagaan terbaik bagi setiap lokasi.

“Program Memperkukuh PMKS ini bertujuan mempersiapkan peserta dengan ilmu celik kewangan, pengurusan kewangan, pengurusan perniagaan, pengurusan operasi dan pengetahuan transformasi digital.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal




“Selain itu, peserta cemerlang akan diberikan anugerah PKS-Mikro modul perniagaan terbaik di samping membuka peluang kepada graduan yang layak untuk menikmati tawaran produk kewangan istimewa daripada AmBank termasuk pembiayaan melebihi RM100,000,” katanya pada sidang media majlis menandatangani perjanjian kerjasama dengan BSN di sini.

Hadir sama, Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil.

Sulaiman berkata, dengan memulakan perkongsian strategik dengan BSN, pihaknya berharap PMKS bukan saja akan mendapat pemahaman lebih baik keperluan pembiayaan, juga pendedahan kepada idea baru, trend yang sedang berkembang dan model perniagaan inovatif memajukan lagi perniagaan mereka.

Beliau berkata, AmBank dan BSN kekal komited untuk meneruskan usaha dan inisiatif ini bagi memastikan PMKS serta dapat memberi manfaat kepada kira-kira 75,000 usahawan mikro BSN.



Sementara itu, Jay berkata, perkongsian antara BSN dan AmBank akan mengukuhkan usaha BSN dalam peralihan pelanggan mikro ke segmen perniagaan kecil sejajar dengan aspirasi Pelan Strategik Korporat lima tahunnya.

Kolaborasi perkasa PMKS


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button