Pensyarah wanita antara tiga ditahan buat tuntutan palsu

Pensyarah wanita antara tiga ditahan buat tuntutan palsu

Pensyarah wanita antara tiga ditahan buat tuntutan palsu
Pensyarah wanita antara tiga ditahan buat tuntutan palsu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menahan tiga individu termasuk seorang pensyarah kolej wanita kerana disyaki membuat tuntutan palsu membabitkan nilai kira-kira RM6,000.

Mereka disyaki membuat tuntutan palsu berkaitan pembekalan peralatan mengajar pada 2021, sedangkan pembekalan itu tidak pernah dilaksanakan.

Sumber berkata, ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan, semalam antara jam 3 hingga 6 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka, Kuala Lumpur dan Perak.



“Suspek lelaki yang juga berkhidmat di kolej yang sama dengan pensyarah wanita dipercayai berpakat dengan seorang pembekal membuat tuntutan palsu untuk membekalkan peralatan mengajar pada tahun 2021,” katanya

Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Katanya, SPRM Perak akan meningkatkan pemantauan ke atas perolehan kerajaan bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan dan ketirisan kepada dana awam di negeri itu.

Pensyarah wanita antara tiga ditahan buat tuntutan palsu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button