Coca-Cola®Beri Inspirasi Pada Peminat Untuk Bayangkan Masa Depan Dengan AI

Coca-Cola®Beri Inspirasi Pada Peminat Untuk Bayangkan Masa Depan Dengan AI

Coca-Cola®Beri Inspirasi Pada Peminat Untuk Bayangkan Masa Depan Dengan AI
Coca-Cola®Beri Inspirasi Pada Peminat Untuk Bayangkan Masa Depan Dengan AI

Pernah tak bayangkan bagaimana agaknya dunia kita pada tahun 3000?

Adakah manusia masih menjadi penduduk bumi? Ada kereta terbang? Tiada peperangan atau mungkin dunia menjadi aman?

Kami yakin pasti banyak yang bermain di minda anda.



Membayangkan dunia pada masa akan datang, Coca-Cola® telah melancarkan Coca-Cola® Y3000 Zero Sugar, perisa edisi terhad baru dan pengalaman berkuasa AI daripada Coca-Cola® Creations.

Coca-Cola® Y3000 Zero Sugar merupakan minuman pertama di dunia yang mempunyai rasa futuristik. Di mana, ia merupakan ciptaan bersama manusia dan kecerdasaan buatan (AI) daripada Coca-Cola®.

Pelancaran minuman Y3000 ini juga termasuk pengalaman berkuasa AI baru yang luar biasa yang akan memberikan peminat perspektif yang tidak dijangka dan menarik tentang bagaimana keadaan pada tahun 3000.

Ciptaan yang unik ini membukan satu pengalaman baru seperti Real Magic yang menawarkan peminat rasa yang menyegarkan dan gambaran tentang rupa masa depan melalui pengalaman baru Coca-Cola yang dikuasakan AI.

Coca-Cola®Beri Inspirasi Pada Peminat Untuk Bayangkan Masa Depan Dengan AI



Peminat hanya perlu mengimbas kod QR pada tin Coca-Cola Y3000 Zero Sugar. Kemudian peminat akan dibawa ke Creations Hub di mana mereka boleh menggunakan kanta AI Y3000 tersuai untuk membayangkan rupa dunia pada masa hadapan.

KLCC yang digambarkan kepintaran buatan pada tahun 3000

Dalam majlis pelancaran yang diadakan di Sydney, Australia minggu lalu Pengarah Kanan, Strategi Global di The Coca-Cola Company, Oana Vlad berkata Coca-Cola Creations bercita-cita untuk mencipta detik yang tidak dijangka dan ajaib untuk peminat.

Coca-Cola®Beri Inspirasi Pada Peminat Untuk Bayangkan Masa Depan Dengan AI



Coca-Cola®Beri Inspirasi Pada Peminat Untuk Bayangkan Masa Depan Dengan AI

Diilhamkan oleh keabadian Coca-Cola, kami ingin meraikan idea semua orang tentang rupa masa depan,” tambahnya lagi.

Coca-Cola mencipta pengalaman Y3000 dengan memanfaatkan manusia dan kecerdasan buatan untuk memahami cara peminat membayangkan masa depan melalui emosi, aspirasi, warna, rasa dan banyak lagi.

Perspektif peminat dari seluruh dunia, digabungkan dengan cerapan yang dikumpul daripada kecerdasan buatan, membantu memberi inspirasi kepada Coca-Cola untuk mencipta rasa unik Y3000.



Bukan hanya rasa, ciptaan baru ini turut menampilkan reka bentuk pembungkusan futuristik dengan warna rona cerah dan optimistik, logo Coca-Cola® Creations yang terdiri daripada buih-buih effervescent, dan skrip Coca-Cola Spencerian dengan gugusan titik bendalir yang bergabung untuk mewakili hubungan manusia planet masa depan kita.

Dicipta bersama dengan kecerdasan buatan, reka bentuk ini mempamerkan cecair dalam keadaan berubah, mengembang, disampaikan melalui perubahan bentuk dan warna yang menekankan masa depan yang positif.

Coca-Cola®Beri Inspirasi Pada Peminat Untuk Bayangkan Masa Depan Dengan AI

“Kami teruja untuk menghidupkan inovasi terbaru daripada Coca-Cola Creations kami di ASEAN & Pasifik Selatan. Kami akan terus meneroka cara baharu untuk memberi kesan kepada pengguna dengan cara bau yang mengasyikkan.



Kami ingin bermula daripada cara mereka menikmati rasa baru menyegarkan yang lazat untuk menawarkan mereka gambaran tentang rupa tahun 3000 melalui pengalaman dikuasakan AI ini” kata Tee Jae Sonza, Ketua Kategori Cap Dagangan Coca-Cola, Unit Operasi Coca-Cola ASEAN dan Pasifik Selatan.

Coca-Cola® Y3000 Zero Sugar kini tersedia di pasaran terpilih seluruh dunia, ia mengikuti Coca-Cola® Ultimate Zero Sugar yang dikeluarkan baru-baru ini, yang dibuat tersedia di Singapura, Malaysia, dan Indonesia awal tahun.

Untuk makluman kempen global telah dijayaknan oleh Forpeople, Virtue, dan WPP Open X/Ogilvy dan EssenceMediacom.

Untuk maklumat lanjut tentang Coca-Cola® Creations, lawati www.coca-cola.com/creations.

Coca-Cola®Beri Inspirasi Pada Peminat Untuk Bayangkan Masa Depan Dengan AI


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button