Cristiano Ronaldo curi perhatian pakai baju ‘pak Arab’ [VIDEO]

Cristiano Ronaldo curi perhatian pakai baju ‘pak Arab’ [VIDEO]
Cristiano Ronaldo curi perhatian pakai baju ‘pak Arab’ [VIDEO]
Cristiano Ronaldo curi perhatian pakai baju ‘pak Arab’ [VIDEO]

LONDON – Selepas mencuri perhatian di Iran, bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo sekali lagi mendapat perhatian apabila memperagakan pakaian tradisional ‘Pak Arab’ menerusi video yang dimuat naik kelabnya, Al-Nassr di laman sosial pasukan itu.

Ronaldo mengenakan jubah dan serban dalam sebuah video tersebut.

Ronaldo tampak cukup bergaya mengenakan pakaian itu di mana ketua pasukan Portugal itu turut memegang sebilah pedang yang cukup sinonim dengan pahlawan Arab.

Selain Ronaldo, beberapa pemain utama Al-Nassr seperti Sadio Mane turut memakai jubah dalam video terbabit.



Video yang berdurasi 2 minit 35 saat itu memaparkan sekumpulan kanak-kanak teruja melihat kehadiran ramai pemain ternama menyertai kelab itu.

Ronaldo juga menari-menari dalam video berkenaan sambil mengikut rentak irama paluan gendang Arab yang sering dimainkan.

Terdahulu, pemenang lima kali Ballon d’Or itu membuat keputusan mengejut apabila memilih beraksi di Asia dengan menyertai kelab Arab Saudi Al-Nassr dengan menerima lebih 400 juta euro (RM1.84 bilion) untuk perpindahan itu.

Cristiano Ronaldo curi perhatian pakai baju ‘pak Arab’ [VIDEO]

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button