Nasib Manchester United tampak parah

Nasib Manchester United tampak parah

Nasib Manchester United tampak parah
ONANA merebah badannya ketika cuba menampan sepakan Sane sebelum bola menerjah ke gawang pada aksi Liga Juara-Juara di Aliance Arena awal pagi semalam. – AFP

MUNICH, Jerman – Pengurus pasukan Manchester United, Erik ten Hag memberi amaran kepada pemainnya agar perlu ‘berkorban’ jika ingin menamatkan badi kekalahan selepas tewas buat kali ketiga berturut-turut musim ini.

Tegas Ten Hag, tiada siapa mampu mengubah nasib mereka selain pemain itu sendiri yang bekerja keras untuk memberikan aksi terbaik untuk keluar daripada kekalahan.

Skuad The Red Devils membuka kempen Kumpulan A Liga Juara-Juara dengan langkah kiri apabila tumbang 3-4 kepada ­Bayern Munich di Allianz Arena awal pagi semalam.



Pada aksi itu, United bermula baik, namun Teg Hag dilihat berang ekoran kesilapan Andre Onana gagal menampan kemas rembatan leret Leroy Sane pada minit ke-29 dan juga jaringan Serge Gnabry empat minit kemudian, sekali gus menyaksikan tuan rumah mendahului 32 minit awal permainan.

“Saya sangat kecewa kerana anda telah menjaringkan tiga gol di Munich, sekurang-kurangnya anda perlu membawa pulang satu mata berharga. Kami tidak berjaya melakukannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?




“Anda perlu melihat cermin kerana gol itu adalah hadiah buat pasukan lawan. Kami berada dalam 25 minit pertama lebih baik bermain berbanding Munich. Kemudian mereka menja­ringkan gol yang sangat mudah.

“Jika anda melihat betapa mudahnya Leroy Sane mengharungi perlawanan itu dan itu ada kaitan dengan keazaman, anda tidak perlu biarkan mereka mengawal perlawanan itu begitu mudah.

“Betapa mudahnya pemain lawan masuk ke kotak penalti untuk jaringkan gol kedua mereka.

“Sebagai satu pasukan kita perlu berazam memberikan segala-galanya. Itulah inti sekiranya kita ingin kembali memenangi perlawanan. Tiada siapa yang akan membantu anda selain anda yang mengubah nasib sendiri,” tegas Ten Hag.



Selain gol pembukaan Sane dan Gnabry, Bayern turut menjaringkan gol menerusi sepakan penalti Harry Kane (m-53) dan Mathys Tel (m-90).

Manakala tiga gol United pula disumbangkan Rasmus Hojlund (m-49) dan dua jaringan oleh Casemiro (m-88 dan m-95), namun ia masih tidak cukup menghalang Bayern meraih tiga mata dalam aksi Kumpulan A itu. – AGENSI

Nasib Manchester United tampak parah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading