Nahas Putrajaya: Pemandu treler didakwa di mahkamah Isnin ini
Nahas Putrajaya: Pemandu treler didakwa di mahkamah Isnin ini
KUALA LUMPUR: Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan 14 kenderaan dan mengorbankan dua nyawa di Kilometer (KM) 5.7 Jalan Persiaran Utara, Putrajaya akan dihadapkan ke mahkamah Isnin ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada pendakwa raya dan reman terhadap suspek dilanjutkan dua hari lagi dan suspek akan terus dibawa ke Mahkamah untuk pertuduhan Isnin ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu media melaporkan, suspek berusia 29 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan 14 kenderaan termasuk sebuah motosikal polis trafik, Rabu lalu.
Dalam kemalangan pada jam 10.15 pagi itu, treler berkenaan melanggar barisan kenderaan yang sedang berhenti di laluan terbabit menyebabkan dua penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pemandu treler itu tidak mempunyai rekod kesalahan trafik dan ujian air kencing yang dilakukan terhadapnya didapati negatif.
Nahas Putrajaya: Pemandu treler didakwa di mahkamah Isnin ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah UMNO Sekadar Insuran Kepada Jawatan Anwar?
- Kos sara hidup naik, rakyat mula kenang zaman Najib Razak
- ‘Tidur’ selama 22 tahun, kini Mahathir mahu bantu 4 negeri Melayu
- Kembalikan GST – Najib Razak telah bertindak betul.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :