Verstappen tampil dominasi GP Jepun
Verstappen tampil dominasi GP Jepun
TOKYO – Pelumba utama Red Bull Racing, Max Verstappen mempamerkan dominasi penuh untuk kembali berada di landasan kemenangan selepas menjuarai Grand Prix (GP) Jepun saingan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Suzuka semalam.
Pada perlumbaan tersebut, Verstappen yang gagal menyerlah pada perlumbaan GP Singapura awal bulan ini berjaya tampil garang untuk meraih tempat pertama dengan dua pelumba McLaren, Lando Norris di kedudukan kedua dan Oscar Piastri melengkapkan podium.
Kata Verstappen, kemenangan itu adalah hadiah buat pasukan Red Bull selepas mengesahkan kejayaan selaku juara dunia kategori pengeluar F1 buat musim kedua berturut-turut.
“Ini adalah kemenangan yang cukup istimewa buat saya kerana bukan mudah untuk bangkit semula menduduki pentas podium.
“Malah, kejayaan ini dapat membantu pasukan mengesahkan kejuaraan dunia kategori pengeluar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapakah Ahli Politik Terkaya Di Malaysia?
- Polis Sahkan Ebit Liew Di Siasat Atas Dakwaan Rogol
- Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid
Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?
“Sudah tentu saya cukup berbangga kerana kita mengharungi musim yang cukup hebat dan pujian wajar diberikan kepada semua tenaga kerja di belakang tabir yang sentiasa bekerja keras bagi meningkatkan prestasi jentera kami,” katanya.
Verstappen berpeluang untuk muncul juara dunia buat kali ketiga berturut-turut andai berjaya memenangi GP Qatar di Litar Antarabangsa Losail pada 8 Oktober depan.
Sementara itu, Piastri mengakui tidak dapat menahan rasa teruja apabila meraih kedudukan podium buat kali pertama dalam kariernya pada perlumbaan permotoran No. 1 dunia itu.
“Perasaan saya ketika ini cukup luar biasa dan kejayaan ini akan saya kenang sampai bila-bila. Secara jujur, ia bukanlah perlumbaan terbaik tetapi saya masih mampu mencipta sejarah peribadi untuk raih podium pertama,” katanya. – AGENSI
Verstappen tampil dominasi GP Jepun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah UMNO Sekadar Insuran Kepada Jawatan Anwar?
- Kos sara hidup naik, rakyat mula kenang zaman Najib Razak
- ‘Tidur’ selama 22 tahun, kini Mahathir mahu bantu 4 negeri Melayu
- Kembalikan GST – Najib Razak telah bertindak betul.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :