EPL: Arsenal, Spurs kongsi mata, Liverpool terus ceria
EPL: Arsenal, Spurs kongsi mata, Liverpool terus ceria
LONDON – Keputusan seri 2-2 dicatatkan Arsenal dan Tottenham Hotspur di Stadium Emirates, sebentar tadi membuka laluan kepada Liverpool mendaki ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris.
Pada aksi Derbi London kali ini, Bukayo Saka dan Son Heung-min jelas menjadi topik utama ketika kedua-duanya menyumbangkan gol kepada pasukan masing-masing.
Minit ke-26, usaha pertahanan Spurs, Cristian Romero menghalang rembatan Saka bertukar tragedi apabila bola melantun ke gawang sendiri untuk meletakkan Arsenal di depan.
Minit ke-54, Saka sekali lagi meletakkan The Gunners di depan namun aksi makin rancak apabila Heung-min hanya memerlukan tempoh seminit untuk sekali lagi meledak gol penyamaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapakah Ahli Politik Terkaya Di Malaysia?
- Polis Sahkan Ebit Liew Di Siasat Atas Dakwaan Rogol
- Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid
Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?
Dalam aksi berasingan di Anfield, Liverpool yang sedang berada pada prestasi terbaik berjaya mengesahkan kemenangan keenam berturut-turut musim ini selepas menundukkan West Ham United 3-1.
Mohamed Salah memastikan permulaan cemerlang buat The Reds apabila membuka jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-16 sebelum Jarrod Bowen memastikan babak pertama berakhir seimbang, meledak jaringan penyamaan pada minit ke-42.
Aksi bersambung menyaksikan Liverpool menambah dua lagi gol menerusi Darwin Nunez pada minit ke-60 dan Diogo Jota (m-85). – KOSMO ONLINE
EPL: Arsenal, Spurs kongsi mata, Liverpool terus ceria
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah UMNO Sekadar Insuran Kepada Jawatan Anwar?
- Kos sara hidup naik, rakyat mula kenang zaman Najib Razak
- ‘Tidur’ selama 22 tahun, kini Mahathir mahu bantu 4 negeri Melayu
- Kembalikan GST – Najib Razak telah bertindak betul.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :