Adakah Akhlak Sanusi Layak Di Kategori Sebagai Akhlak Pemimpin Islam?
Adakah Akhlak Sanusi Layak Di Kategori Sebagai Akhlak Pemimpin Islam?
Allah SWT berfirman:
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّـهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
Mafhumnya:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik”.
Surah Al Ahzab : 21
Dan Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ
Mafhumnya:
“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak”.
Riwayat Ahmad – 8952
Akhlak adalah buah kepada pokok keimanan atau dalam artikta yang lain, dengan keimanan yang subur di hati, maka akan terhasil buah yang ranum.
Secara analoginya, kita tidak tanam pokok buahan hanya untuk melihat pokok itu hidup tanpa menghasilkan buah.
Sudah tentu kita menanam pokok buahan untuk kita menikmati keenakan buahnya.
Begitulah juga dengan manusia yang mengaku dirinya beriman.
Kemantapan iman di hati hanya dapat dibuktikan dengan keindahan akhlak sebagai seorang muslim.
Kerana itu Rasullah SAW bersabda bahawa tidaklah baginda diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Hanya dengan mempunyai akhlak yang sempurna, barulah kita dapat menilai kemantapan iman seseorang yang muslim.
Pokok yang sakit sudah pasti akan menghasilkan buah yang tidak berkualiti dan iman yang tidak sempurna sudah pasti akan memperlihatkan akhlak yang buruk.
Sanusi Md Nor adalah seorang pemimpin Islam yang berjuang di dunia politik dengan menggunakan platfom parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.
Tetapi setiap kali Sanusi muncul di pentas politik, ceramah beliau dipenuhi dengan kata-kata cacian, maki hamun dan mencarut terhadap musuh politik beliau.
Sanusi bukanlah ahli biasa dalam parti politik yang mendakwa berjuang di atas landasan Islam.
Beliau adalah antara pemimpin utama di dalam parti tersebut.
Tetapi, apakah akhlak yang dipamerkan Sanusi layak diiktiraf sebagai akhlak seorang pemimpin Islam?
Adakah Akhlak Sanusi Layak Di Kategori Sebagai Akhlak Pemimpin Islam?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal
- Dasar Luar Negara Anwar Yang Membingungkan
- Hanya Lawan PAS Haram, Yang Lain Semua Halal