RoS batal pendaftaran lebih 3,000 pertubuhan

RoS batal pendaftaran lebih 3,000 pertubuhan

RoS batal pendaftaran lebih 3,000 pertubuhan
MOHD. NAWARDI Saad menyampaikan replika cek berjumlah RM10,000 kepada wakil Persatuan Penduduk Taman Penghulu Jabar Bukit Katil di Kompleks KDN, Ayer Keroh, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP

MELAKA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah membatalkan pendaftaran lebih 3,000 pertubuhan dan persatuan sejak program pemutihan dilaksanakan pada 2021.

Ketua Pengarahnya, Mohd. Nawardi Saad berkata, kesemua pertubuhan terlibat dibatalkan pendaftaran setelah hasil siasatan mendapati, mereka tidak aktif dan timbul pertikaian apabila ada di antaranya melanggar perlembagaan yang telah diluluskan.

Menurutnya, program pemutihan sejak dua tahun lalu itu masih berjalan dalam memastikan setiap pertubuhan dan persatuan yang didaftarkan aktif dengan pelbagai aktiviti seperti ditetapkan.



“Kebanyakan pertubuhan yang dibatalkan pendaftaran juga disebabkan melanggar Akta Pertubuhan 1966. Bagi parti politik pula setakat ini, hanya satu sahaja parti politik yang telah dibatalkan pendaftaran oleh RoS daripada 69 parti induk berdaftar dengan kita.

“Selain itu juga kita turut memantau jika ada pertubuhan yang dilihat menjejaskan ketenteraman awam. Jika terbukti melakukan kesalahan menyalahi undang-undang, kuasa Menteri Dalam Negeri akan digunakan untuk membatalkan pendaftaran pertubuhan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian penutup Kursus Asas Pengurusan Pertubuhan, Perkongsian Pintar dan Penyampaian Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Nawardi, permohonan GPPK berjumlah RM10,000 yang sepatutnya tamat 30 September telah dilanjutkan sebulan lagi iaitu sehingga 31 Oktober ini.



Katanya, RoS meminta semua pertubuhan berdaftar untuk terus memohon bagi memudahkan pihaknya mengagihkan peruntukan RM10 juta bagi fasa kedua.

“Setakat ini kita telah meluluskan peruntukan kepada 831 persatuan penduduk dan dijangka menjelang akhir bulan ini dapat melengkapkan jumlah 1,000 persatuan bagi menamatkan fasa pertama,” ujarnya. – UTUSAN

RoS batal pendaftaran lebih 3,000 pertubuhan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tidak benar ahli UMNO tidak berpuas hati dengan Amizar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button