Terowong Genting ECRL, terowong tren terpanjang di Asia

 

Terowong Genting ECRL, terowong tren terpanjang di Asia
Seksyen 7 Projek ECRL, Terowong Genting. – Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

BENTONG: Terowong Genting sepanjang 16.39 kilometer dalam Seksyen 7 Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) merentasi Pahang ke Selangor, adalah terowong landasan tren terpanjang di Asia.

Pembinaan landasan di Seksyen 7 turut membabitkan pembinaan landasan subgrades sejauh 19.24km dan 23 jambatan sepanjang 14.84km serta 12 terowong sepanjang 22.65km.

Pegawai Perhubungan Awam ECRL Seksyen 7, S Thilakumar berkata antara 12 terowong, Terowong Genting yang sedang dalam pembinaan adalah landasan tren terpanjang di Asia sepanjang 16.39km.



“Ketika ini terowong jenis berkembar itu sudah mula menjalankan operasi penggerudian menggunakan Tunnel Boring Machine 1 (TBM1) bermula Jun 2022 dan TBM2 pada November 2022 untuk menembusi Banjaran Titiwangsa di Bukit Tinggi dan keluar di bahagian negeri Selangor berdekatan Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Terowong Genting ECRL, terowong tren terpanjang di Asia
Seksyen 7 Projek ECRL, Terowong Genting. – Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

“Mesin gerudi (TBM) ini dibawa dan direka khas dari China dan boleh melakukan kerja penggerudian batuan keras serta dilengkapi empat silinder tork,” katanya dalam taklimat media di tapak operasi ECRL hari ini.

Terowong ECRL pertama

Katanya, mesin TBM digunakan untuk menggerudi tanah berbukit di kawasan Bukit Tinggi bagi pembinaan landasan berkembar di Terowong Genting.

“Terowong Genting adalah terowong ECRL yang pertama dikorek menggunakan jentera dan kaedah TBM berbanding gerudi dan letup untuk terowong sedia ada.



“Projek ECRL yang merangkumi rangkaian rel 665 kilometer akan merentasi negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang dan dijangka siap pada Disember 2026,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata projek ECRL menghargai serta bersyukur atas penghantaran TBM canggih buatan China yang siap dikilangkan serta dihantar oleh CCCC berdasarkan jadual yang ditetapkan.

Katanya, penghantaran TBM adalah peristiwa penting bagi ECRL Seksyen C (Temerloh – Gombak – Serendah – Pelabuhan Klang) kerana ia akan digunakan untuk mengorek tanah yang berbukit di sepanjang kawasan Bukit Tinggi bagi pembinaan terowong berkembar Genting sepanjang 16.39 kilometer.

Terowong Genting ECRL, terowong tren terpanjang di Asia
Seksyen 7 Projek ECRL, Terowong Genting. – Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tidak benar ahli UMNO tidak berpuas hati dengan Amizar

 

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading