Banjir di Libya, 8 pegawai disiasat

Banjir di Libya, 8 pegawai disiasat

Banjir di Libya, 8 pegawai disiasat
KEMUSNAHAN akibat banjir di Derna, Libya 13 September lalu. FOTO Reuters.

Tripoli: Pendakwa raya Libya semalam mengarahkan penahanan lapan pegawai agensi untuk siasatan berkaitan banjir, baru-baru ini yang mengorbankan ribuan orang.

Bencana pada 10 Sept yang diumpamakan seperti tsunami itu memusnahkan dua empangan, selepas ribut melanda kawasan sekitar Derna, bandar pelabuhan di timur Libya.

Pejabat pendakwa raya dalam kenyataan berkata, pegawai itu disyaki gagal mengurus dan cuai.



Mereka adalah kakitangan yang masih dan individu pernah berkhidmat di pejabat sumber air dan pengurusan empangan.

Angka kematian rasmi akibat bencana itu sudah melepasi 3,800, dan kumpulan bantuan antarabangsa berkata terdapat 10,000 atau lebih orang mungkin hilang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Selepas siasatan dijalankan lebih seminggu lalu, pendakwa raya Libya Al-Seddik al-Sur berkata, dua empangan di hulu Derna Dad sudah retak sejak 1998.

Namun, pembaikan dijalankan oleh syarikat Turki pada 2010 ditangguhkan beberapa bulan ketika revolusi Libya meletus dan kerja itu tidak pernah disambung semula.



Empangan pertama yang runtuh ialah empangan Abu Mansur, 13 kilometer dari Derna, yang takungannya menampung 22.5 juta meter padu air.

Banjir kemudian memecahkan Al Bilad, empangan kedua, yang mempunyai kapasiti 1.5 juta meter padu dan hanya satu kilometer dari bandar pantai.

Kedua-dua empangan itu dibina oleh syarikat Yugoslavia pada 1970-an, bukan untuk mengumpul air tetapi untuk melindungi Derna daripada banjir.

Banjir di Libya, 8 pegawai disiasat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tidak benar ahli UMNO tidak berpuas hati dengan Amizar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button