Rusia terima jet pejuang generasi kelima Sukhoi SU-57

Rusia terima jet pejuang generasi kelima Sukhoi SU-57

Rusia terima jet pejuang generasi kelima Sukhoi SU-57
PESAWAT Sukhoi Su-57. FOTO AFP

Moscow: Satu kumpulan baharu jet pejuang generasi kelima Sukhoi Su-57 diserahkan kepada Kementerian Pertahanan oleh pengeluar pesawat Rusia, kata Timbalan Perdana Menteri Rusia Denis Manturov pada Khamis, lapor Xinhua.

Manturov berkata, jet tempur itu lulus ujian kilang sepenuhnya dan diuji dalam pelbagai mod operasi oleh juruterbang tentera.

Pengarah jeneral United Aircraft Corporation, Yuri Slyusar berkata, baki jet pejuang generasi kelima yang dirancang untuk diserahkan tahun ini sama ada di pusat pemasangan terakhir atau di stesen ujian penerbangan.



Beliau menambah Rusia sudah menghantar kumpulan ketiga Su-35S tahun ini dan kumpulan seterusnya sedia untuk pengeluaran.

Su-57 ialah pesawat tempur generasi kelima pelbagai fungsi Rusia. Ia menampilkan kelajuan pelayaran supersonik, senjata dalaman, salutan serap radio dan kompleks peralatan pesawat terkini.

Rusia terima jet pejuang generasi kelima Sukhoi SU-57


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading