Sampai Bila BN Mahu Bergantung Kepada Undi PH?

Sampai Bila BN Mahu Bergantung Kepada Undi PH?

Sampai Bila BN Mahu Bergantung Kepada Undi PH?

Barisan Nasional semakin ditolak oleh rakyat adalah satu fakta yang tidak boleh dinafikan.

Dan kekuatan Barisan Nasional bergantung kepada kekuatan UMNO juga tidak boleh dinafikan oleh MCA, MIC dan PBRS.

Dalam artikata lain, sekiranya rumah agam UMNO dipindah ke muzium politik tanah air, maka sudah pasti MCA, MIC dan PBRS akan ikut sama.



UMNO, MCA, MIC dan PBRS kena sedar, Barisan Nasional lebih memerlukan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan berbanding mereka.

Tanpa Barisan Nasional di dalam Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Perpaduan masih lagi berdiri tegak.

Tidak ada jaminan GPS akan turut sama meninggalkan Kerajaan Perpaduan sekiranya Barisan Nasional mengambil keputusan itu.

Di dalam pilihanraya di 6 buah negeri, jelas menunjukkan UMNO semakin ditolak oleh masyarakat Melayu.



UMNO hanya menang di 19 kerusi DUN berbanding 108 kerusi DUN yang ditandingi.

Satu signal yang cukup jelas, bagaimana tenatnya kedudukan UMNO dalam dunia politik tanah air.

Dalam artikata lain, tanpa Pakatan Harapan, UMNO hanya mampu menang di 19 kerusi DUN dalam pilihanraya di 6 negeri.

Jangankan hendak menubuh kerajaan negeri, kehadiran UMNO di kerusi pembangkang juga adalah ibarat melukut di tepi gantang.



Sikap Pemimpin UMNO Yang Memualkan

Tetapi masalahnya, pemimpin UMNO masih lagi bersikap sombong dan besar kepala, seolah-olah UMNO adalah parti yang paling dominan dalam Kerajaan Perpaduan.

Pemimpin UMNO masih lagi tidak boleh menerima kritikan dan teguran.

Sentiasa merasakan diri mereka betul.

Masih lagi berbalah sesama sendiri untuk merebutkan jawatan di dalam rumah agam UMNO.



Apakah mereka tidak sedar, rumah agam yang mereka duduki itu kian mereput.

Sepatutnya pemimpin UMNO mesti berkerjasama untuk menukar atap, menukar tiang rumah, lantai dan dinding yang semakin mereput.

Apa gunanya jawatan yang disandang dalam rumah agam yang telah menyembah bumi?

Sikap beginilah yang sangat dibenci oleh masyarakat Melayu.



Masyarakat Melayu masih sayangkan UMNO, tetapi mereka meluat dengan pemimpin yang ada di dalam UMNO sekarang ini.

Bukan maksud penulis kesemua pemimpin itu mesti disingkirkan, tetapi berubahlah.

Bukalah buku sejarah dan kaji sikap serta perjuangan pemimpin UMNO terdahulu sehingga masyarakat Melayu sangat menyayangi mereka.

Kalau tidak, UMNO akan terus bergantung kepada undi Pakatan Harapan di dalam mana-mana pilihanraya.



Persoalannya, sampai bila UMNO mahu begitu?

Sampai Bila BN Mahu Bergantung Kepada Undi PH?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button