Aku bebas… tapi cuma seketika

Aku bebas… tapi cuma seketika

Aku bebas... tapi cuma seketika
SINGA laut yang menikmati kebebasan seketika apabila terlepas dari Zoo Central Park. FOTO New York City Police Department

New York: Seekor singa laut merasai nikmat kebebasan seketika, selepas kolam singa laut di Zoo Central Park dinaiki air akibat banjir yang melanda New York City (NYC) pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Zoo itu ditutup pada Jumaat ekoran cuaca buruk, tetapi singa laut itu berjaya berenang keluar dari kolamnya.

“Seekor singa laut betina di Zoo Central Park dapat berenang keluar dari kolamnya akibat banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat di New York City hari ini,” kata Naib Presiden Eksekutif Zoo dan Akuarium Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar, Jim Breheny, dalam satu kenyataan.



Bagaimanapun, singa laut itu berenang kembali ke tempat asalnya.

Central Park menerima hujan hampir 15 sentimeter pada Jumaat, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan – paras hujan yang tidak pernah berlaku sejak Taufan Ida pada 2021.

Breheny berkata paras air sudah mula surut dan semua haiwan kini berada di kolam dan kandang masing-masing.

Beliau berkata petugas zoo akan terus memantau keadaan sepanjang cuaca yang tidak menentu.



Aku bebas… tapi cuma seketika


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button